Ahad, 31 Mei 2015

Adakah Forex Haram.

Mencari duit dengan mudah dan halal impian setiap orang. Hanya duduk di depan skrim dan menungu masa sesuai untuk trade. Pendapatan setiap minggu, atau lebih mudah gaji setiap minggu. Namun bukan mudah jika anda tidak mempunyai ilmu yang cukup. Tapi sebelum itu jom kita tengok forex itu haram atau halal, mengapa boleh berlaku halal dan haram.

Sabtu, 30 Mei 2015

Cara Membuat Akaun MT4 FXRANEX

Sebelum itu pastikan anda sudah mempunyai akaun bawah fxranex, jika belum sila klik sini untuk membuka akaun fxranex. Selepas itu pastikan anda sudah mendowload sofware mt4. Ok jom dapatkan nombor login dan paswad.

Cara Buka Akaun FXRANEX

Semua orang mahukan duit dengan mudah, malah sangup melangar larangan dunia dan akhirat. Adakah forex FXRANEX ini halal, nanti admin akan bincangkan kemudian. Kali ini pula admin akan berkongsikan cara buat duit dengan mudah. 

Jumaat, 29 Mei 2015

Margin / Margin Call dalam Forex

Margin ialah jumlah modal minimum yang perlu ada untuk membolehkan anda mengekalkan open position yang ada untuk membuka position baru. Manakala margin call pula boleh berlaku jika wang di dalam akaun Forex anda sudah tidak dapat menampung tahap kerugian sesuatu open positions. Margin call akan membuatkan semua open position ditutup secara automatik kerana wang di dalam akaun anda sudah tidak cukup untuk meneruskan urus niaga. Untuk membolehkan anda terus urus niaga, anda perlu menambah modal dengan mendepositkan wang ke akaun Forex anda kembali. Ianya boleh diakronimkan sebagai MC.

Spread dalam Forex

Perbezaan harga ask/bid dinamakan sebagai Spread, Nilai spread ini berbeza-beza diantara satu-satu pair. Spread diantara broker juga berbeza kerana ianya ditentukan oleh broker itu sendiri. Sesetengah broker mengamalkan spread yang tetap dan ada juga yang berubah-rubah pada masa tertentu. Spread ini sebenarnya diambil oleh broker sebagai pendapatan bagi syarikat.

Ask / Bid (Beli / Jual) dalam forex.

Ask - Buy (Harga Belian)
-Adalah harga belian yang ditawarkan oleh broker kepada anda. Bila anda membeli, anda membeli pada harga ini.

Buka Akaun Gmail.

Buka link ini. Link Buka Akaun Gmail. Isikan maklumat dengan lengkap. Kemudian tekan next step.

Maksud PHP

PHP hypertext Preprocessor atau PHP, pada awalnya dikenali sebagai Personal Home Page yang bertindak sebagai bahasa pengaturan tambahan lagi, PHP berfungsi sebagai bahasa skrip yang dapat berintraksi dengan serve. Keupayaan sistem kod PHP dapat menghasilkan laman web dinamik berbanding laman web statik. Selain itu, kod PHP juga dapat digabungkan bersama dengan kod HTML.

Khamis, 28 Mei 2015

Maksud HTML

Hyper Text Markup Language ialah makna sebenar dari singkatan HTML. HTML adalah kod bahasa yang terdapat dalam laman web. Pengunaan HTML yang mempunyai barisan kod-kod dapat diterjemahkan kepada susunan yang membentuk imej dan teks. Tambahan pula kod HTML itu diterjemahkan  di browser (pelayar internet) seperti Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Google Chrome.

Apakah Forex

Forex adalah pasaran matawang dunia yang mana matawang dibeli dan dijual oleh pedagang forex dan bank-bank diseluruh dunia. Pada mulanya, pasaran hanya dibuka kepada bank dan insitusi pelaburan kerana memerlukan modal yang besar. Pasaran forex dibuka 24jam sehari tanpa henti, 5hari setiap minggu. Mula pada jam 5 pagi Isnin dan berakhir pada 5 pagi hari Sabtu.

Rabu, 27 Mei 2015

Keputusan Malaysia Lawan Tottenham

Dengan keputusan 1-2, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan. Walaupun beza hanya satu mata sahaja. Gol pertama dijaringkan pada minit ke 18:00 oleh Kane berjesi 18 daripada pasukan Tottenham. Kemudian Malaysia menyerang balas dan berjaya menghasilkan gol di minit 31:24. Pada minit 42 pintu gol Malaysia sekali lagi ditembusi.

Ahad, 24 Mei 2015

Cara Lepasi Web yang di Sekat. Cara Unblock Web Yang Diblock Oleh Kerajaan Malaysia

Sesetengah laman web disekat oleh kerajaan Malaysia. Terdapat beberapa sebab kerajaan melakukan pekara sebegini. Antaranya adalah mengelakan penyebaran virus katanya, memelihara hak harta intelektual. Admin sebenarnya tidak suka banyak laman web dihalang, ini kerana admin sebenarnya kaki dowload. Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk membuka laman web yang dihalang.

Jenis USB dan Fungsi USB

USB atau nama penuhnya Universal Serial Bus. USB dibangunkan pada pertengahan 1990-an. USB direka bentuk untuk menyeragamkan semua peralatan yang disambungkan pada sesebuah komputer seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), kamera digital, telefon dan lain-lain. 

Samsung Galaxy A3

Samsung Galaxy A3 membawakan spesifikasi sedikit rendah, di mana dilengkapi dengan skrin 4.5 inci Super ALMOLED, cip pemperosan empat teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, ruangan store 16GB, bateri berkapasiti 1900mAh, kamera belakang 8.0 megapixel dan kamera hadapan 5.0 megapixel.

Nokia Lumia 435

Lumia 435 adalah telefon Windows 8.1 dengan kemaskini Lumia Denim, dikuasakan oleh cip pemprosesan 1.2GHz Snapdragon 200 dwi-teras, memori sebanyak 1GB RAM dan kapasiti storan terbina dalam sebesar 8GB serta slot Mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 128GB.

Oppo Mirror 3 Spesifikasi

Peranti 4.7 (720P) ini dikuasakan dengan pemproses 1.2GHz empat teras Snapdragon 410, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 8 Gigabyte (sokongan Mikro SD sehingga 128GB). Terdapat dua warna yang ditawarkan, putih dan hitam. Kemampuan lense optik 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri 2000 mAh. Fungsi tambahan adalah pemancar infra merah dengan fungsi Smart Remote Technology.

Angka Imei

Jadilah seorang penguna bijak, dapatkan sedikit maklumat sesuatu barang sebelum membeli. Supaya anda tidak menyesal sesudah membeli barang tersebut. Ramai yang gairah untuk membeli telefon bimbit, namun adakah telefon anda beli itu original. Mungkin sekarang anda mengunakan telefon bimbit bukan original. Ataupun anda bakal melabur duit anda membeli barang yang tidak berkualiti dan boleh mendatang bahaya kepada anda.

Lampu Line 4G Yes Tiba-tiba Menyala Merah.

Line 4g yes admin dari hijau tiba-tiba bertukar menjadi merah. Sebelum ini ok sahaja. Sebagai bloger masalah ini memang besar bagi admin, nak update blog dan sebagainya memerlukan internet. Masalah ini berlarutan selama dua hari.

Jenis Ram Pada Komputer.

Adakah anda tahu ram di komputer anda, mengetahui ram pada komputer adalah penting jika anda ingin menambah ram secara sendiri. Ini boleh menjimatkan masa dan wang. Tapi bukan semua ram pada komputer itu sama. Ram berfungsi sebagai penyimpan instruksi sementara dari komputer untuk mengeluarkannya ke output device. Sehinga saat ini terdapat tiga jenis DDR RAM yaitu DDR (atau biasa juga disebut DDR1), DDR2 dan DDR3.Mari kita lihat perbezaan ram ini.

Cara Mendaftar CIMB Click.

Ada yang takot untuk membuat akaun Cimb clik kerana takot duit dalam akaun hilang. Tapai dah 2 tahun admin guna Cimb clik untuk membuat pelbagai pembayaran, seperti bil wifi tm, ptptn dan sebagainya. Yang paling penting jangan dedahkan no akaun dan data peribadi kepada orang lain.

Sabtu, 23 Mei 2015

HUNTKEY

Alkisahnya laptop saya satellite L755 rosak adapter. Rasa sedih kejap bila difikirkan bila tidak boleh online guna laptop tersayang, hehehe. Pendekan cerita pergilah beli yang baru di kedai komputer. Biasalah bila nak beli barang, saya ni suka bandingkan harga dan kualiti. Cari punya cari dapat lah beli adapter model Huntkey.

Bayar Bil Yes 4g Mengunakan CIMB Click.

Ye lah sebelum ini pun bayar bil banyak menggunakan Cimb click. Tapi bila dah pakai broadband yes ni tidak tahu pulak cara nak bayar mengunakan cimb click. Jadi saya call lah yes center untuk tanyakan perkara ni. Akhirnya selesai juga masalah saya. 

Ubah Password Yes.

Sebelum itu hidupkan broadband yes anda, tekan butang restart ditepi cabel cas anda untuk seketika.
1. Hubungkan yes broadband ke laptop or pc anda mengunakan cabel, bukan wifi.
2. Buka google chrome, taipkan 192.168.1.1

HP EliteBook 1020 G1 SE.

Dikatakan sebagai komputer notebook kelas perniagaan paling nipis dan ringan. Dibangunkan dengan ketebalan hanya 15.7 milimiter dan dilindungi oleh kerangka aloi magnesiumlitium dengan gentian karbon boleh guna semula untuk memastikan beratnya hanya 1kg.
Tujuan utama adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang lebih banyak bekerja diluar yang mampu bertahan sehinga 9 jam.

Leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape)

Diet Atkins

Pelbagai tips diet yang ada diluar sana. Semua orang kalau diberi pilihan pasti mahu mempunyai bentuk badan yang menarik dan menawan.  Untuk kali ini admin ingin berkongsikan tips diet yang agak pelik. Tetapi kesanya agak hebat. Tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan tenaga untuk bersenam, tidak perlu mengeluarkan peluh. Atau dalam kata mudahnya duduk dan makan. Admin pun pelik pada mulanya diet ini. Tetapi selepas membaca dan mencuba baru admin faham. Ok jom admin terangkan serba sedikit mengenainya. 

Penyakit Kemurungan.

Laporan Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. Antara faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.

Pemakanan sihat semasa ibu hamil. Diet untuk kehamilan yang sihat.

Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan tahniah jika anda sedang hamil, atau bakal bergelar ibu dan ayah. Baik admin tak mahu cerita panjang kali ini. Jom baca info berguna kali ini terutamanya bagi yang bakal begelar ibu dan ayah tidak lama lagi.Seperti yang kita sedia maklum orang yang sihat mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan sihat. Namun bagaimana pula dengan seorang ibu. Apakah gaya hidup sihat dan pemakanan sihat.? Ingat bayi yang sihat datangnya dari ibu yang sihat.

Mers-cov

Malaysia pernah digemparkan  dengan kes kematian jemaah haji yang pulang daripada menunaikan umrah. Didapati meninggal angkara sejenis penyakit yang dikatakan mudah tersebar dan jika tidak dirawat denga betul, seseorang berdepan risiko kematian. 

Manfaat Sayur dalam Darah

Sayur-sayuran merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya.Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka.

Bersolek ketika Hamil Rendahkan IQ Anak

Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.

Minum Air yang Betul.

Pengambilan air di waktu yang sesuai.

1. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ di permulaan 
    hari.  
2. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu proses penghadaman makanan.

Apa itu Insomnia dan Tips Mengatasinya.

Dalam kata mudah, ianya dipanggil penyakit susah tidur. Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.  Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit. Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. 

Bahaya Merokok dan Kandungan Berbahaya dalam Rokok

Asap Rokok Memudaratkan Kanak-Kanak

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.

Tips dan Petua Menjaga Mata.

Penglihatan yang sempurna adalah penting, penglihatan adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Namun masih ramai yang tidak bersyukur walaupun diberi penglihatan yang baik. Salah satu cara bersyukur adalah menjaga dan memelihara penglihatan itu sendiri.

Punca Demam Denggi dan Tanda-tanda Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi

Jumaat, 22 Mei 2015

Fakta Menarik Mengenai Coklat. (Kecantikan dan Kesihatan.)

Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan.

Pembunuh Utama Rakyat Malaysia, Punca Penyakit Jantung.

Penyakit jantung, seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.

Khamis, 21 Mei 2015

Tanda Hamil, Tanda Awal kehamilan

Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap 
Badan asyik berangin sahaja 
Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk 
Demam-demam, batuk-batuk dan selsema.
Badan memang penat dan lemah sahaja.

Mati Pucuk dan Lemah Tenaga Batin.( Punca dan Tanda, Mati Pucuk, Lemah Tenaga Batin.)

Mati pucuk adalah situasi apabila zakar tidak berupaya keras atau dalam kata mudahnya tidak mampu memuaskan batin pasanganya. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mati pucuk, sebagai seorang lelaki anda harus cakna dalam penyakit ini walaupun tidak mendatangkan maut. Sebelum admin memberitahu faktor-faktor mati pucuk, eloklah admin terangkan beberapa tanda mati pucuk yang anda perlu tahu.

Punca Berlaku Penyakit E-Coli dan Bahaya Ancaman.

E.coli diberi nama sempena nama bakteria Escherichia Coli yang hidup dalam usus manusia sihat dan haiwan. E.coli boleh berlaku kepada seseorang yang suka mengambil makanan dan minuman tercemar seperti seperti sayur, buah-bauhan mentah atau air tidak dimasak. Dalam kata mudahnya boleh berlaku kepada orang yang mengabaikan aspek kebersihan seperti tidak mencuci tangan dengan sabun selepas mengunakan tandas.

Tips di Musim Panas. Apa yang Harus di Lakukan untuk Kekal Sihat dan Cergas.

Setiap setahun pasti musim panas akan berlaku. Mungkin di Malaysia tidak pernah mencatatkan kematian desebabkan oleh musim ini. Tetapi sudah terdapat negara yang rakyatnya mati disebabkan musim ini (gelombang panas). Suhu yang paling panas dicatatkan di Malaysia ialah 41 celsius di daerah Cuping, Perlis. Oleh yang demikian anda harus mengambil berat dengan perkara ini. Kerana sedikit sebanyak akan memudaratkan kesihatan anda.

Rabu, 20 Mei 2015

Apakah Leptin. Adakah Leptin Anda Rosak

Mungkin seseorng itu kerap kali makan, mungkin 4 atau 6 kali makan dalam sehari. Mungkin seseorang itu kurang makan, hanya mengambil makanan jika benar-benar lapar sahaja. Mengapa ini terjadi.?

Masalah-masalah Kulit dan Cara Mengatasinya.

Secara keseluruhan ada pelbagai jenis masalah kulit yang ada. Mungkin anda tidak pernah menghidapinya. Ada juga yang sedang berdepan dengannya. Tanda-tanda awal masalah kulit adalah seperti keradangan kulit, perubahan dalam tekstur atau warna dan tompak pada kulit. Mungkin anda rasa masalah ini ringan, tapi harus ingat masalah ini akan menjadi lebih serius jika di abaikan. Berikut adalah jenis masalah kulit yang anda harus tahu.

Cara Tingkatkan Mood Anda di Pagi Hari.

Malas, bosan dan sebagainya pasti akan melanda pada waktu pagi, terutamanya awal pagi hari kerja, sekolah dan sebagainya. Sedikit tips untuk memperbaiki mood anda di pagi supaya anda tampil cergas dan ceria.

Tips Semula Jadi Hindari Kanser Payudara.

Kanser payu dara menjadi salah satu kanser yang amat ditakuti oleh wanita, ini kerana ianya merupakan salah satu pembunuh utama wanita negara ini. Mengcegah lebih baik dari mengubati. Sebaliknya ambilah langkah menghindarinya sebelum terlewat. Berikut merupakan sedikit tips yang anda boleh amalkan untuk menghindari kanser ini.

Makan Lewat Malam Antara Punca Kegemukan.

Kajian oleh Dr, Satchidananda makan pada waktu malam punca lemak mudah terkumpul. Kajian ini dijalankan kepada dua kumpulan tikus makmal. Pada akhir kajian, kumpulan tikus yang diberi makan sepanjang hari dan malam memiliki 70 peratus lemak dalam tubuh berbanding dengan kumpulan tikus yang satu lagi.

Jenis-jenis Bekam dan Kebaikan Berbekam.

Secara keseluruhanya bukan semua orang boleh berbekam. Antaranya perempuan mengandung, tekanan darah rendah dan pesakit kulit.

Adakah Botak Berkaitan dengan Penyakit

Secara keseluruhanya memang ada penyakit menyebabkan botak, tetapi bukan semua. Di sini admin dah senaraikan punca-punca botak yang melibatkan penyakit dan kesihatan. 

Teh yang Paling Sesuai Berdiet. Kebaikan Teh Hijau.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis teh yang ada di dunia ini. Namun teh mana yang paling sesuai untuk berdiet.? Tetapi bagaiman pula cara penyediaanya, diambil sejuk atau panas, dicampur halia, bunga cengkeh, atau kayu manis. Pengambilan teh sebenarnya memang bagus untuk kesihatan, namun tidak boleh diambil jumlah yang terlalu kerap dan selalu dalam sehari.

Khasiat dan Kebaikan Buah Betik.

Pokok betik berasal daripada Mexico. Buah ini merupakan buah yang mudah dicari, kerana ianya bukan buah yang bermusin. Selain mempunyai khaisat dan kebaikan yang banyak, harga buah ini juga murah berbanding buah lain. Buah Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg.

Kebaikan Pisang. Masker Pisang.

Bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai pelbagai kandungan vitamin, seperti B, B6, C, magnesium, kalsium dan besi yang dikatakan baik untuk wajah. Mempunyai wajah yang cantik secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita orang. Kulit pisang mampu merawat kulit wajah dengan mudah.