Sabtu, 23 Mei 2015

Manfaat Sayur dalam Darah

Sayur-sayuran merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya.Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka.


Menurut pensyarah daripada Universiti Cambridge dan Southampton, London,Tom Ashmore, golongan tersebut dianggap rugi kerana sayur berperanan penting dalam pengaliran darah dan memastikan oksigen disalurkan secara efektif ke seluruh tubuh. Kandungan nitrat yang ditemui di dalam sayur mampu membuka dan melebarkan pembuluh darah yang berperanan penting dalam menghindarkan tubuh daripada terkena angin ahmar dan serangan jantung.
 “Selain itu, ia juga mampu menukar sel lemak putih menjadi sel lemak coklat yang mampu membakar lemak dan akhirnya mengelakkan obesiti daripada berlaku,” ujarnya, Jelas Ashmore, bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di dalam diet harian, individu boleh pelbagaikan hidangan tersebut dengan beberapa cara seperti mengolah sayur-sayuran kepada jus, salad dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Komen