Khamis, 2 Julai 2015

Mati Selepas Makan.

Makan jangan sebarang makan, he he he. Jom lihat kisah lucu ini. Ular Sawa ini di dakwa mati selepas makan, kerana tersilap makan mangsa, landak seberat 13 kilogram mengakibatkan ular ini mati ditusuk dari dalam. Kejadian ini berlaku di Johannesburg.

Najib Razak Tertekan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN

Game CoC Jana RM10 Juta Sehari

CoC ialah singkatan daripada Clash of Clans. Percaya atau tidak permainan ini mampu mejana pendapatan sehingga RM10 juta sehari. Permainan ini ditawarka di platform Apple App Store dan Google Play Store. SuperCell, syarikat yang mencipta Coc mempunyai cara tersendiri untuk menjana pendaptan. Walaupun diberi secara percuma, namun ada beberapa perkara harus dibeli.

Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal

7 Mei lalu Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff membuat penarikan sijil halal dari Secret Recipe. Namun penarikan tersebut bukan  disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu. Hari ini Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara. 

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui di Pusat Mencuci Kereta


Tanggal 02 Julai 2015 di Alor Setar, satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di kawasan premis pusat mencuci kereta, Jalan Pondok Labu, Kulim tengahari ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner, Nashir Ya berkata, Ibu Pejabat Polis Kulim menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita itu menerusi panggilan 999 pada 12.15 tengah hari.