Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan 
semasa mengandung masih tidak diketahui. Ramai berpendapat, mengidam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon 
dalam badan terutamanya pada peringkat awal kandungan.

