Sabtu, 20 Jun 2015

Makanan Mengidam yang Popular Ketika Hamil.

Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Ramai berpendapat, mengidam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon dalam badan terutamanya pada peringkat awal kandungan.
Pada peringkat ini, rahim seseorang wanita banyak menghasilkan hormon yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh dan seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi dalam diri wanita berkenaan termasuk mengidam.Situasi ibu hamil mengidam sering berlaku di awal kehamilan iaitu sehingga 16 minggu kandungan. Namun, terdapat juga kes mengidam di akhir kehamilan iaitu apabila hampir tempoh untuk bersalin kerana ketika ini, banyak hormon yang dikeluarkan oleh badan.

1. Asam Atau Jeruk.
Mengidam cenderung yang asam. Asam dan jeruk kerap menggoda selera wanita hamil. Berdasarkan ilmu pengetahuan, makanan ini bisa mempertahankan natrium di dalam tubuh wanita hamil. Namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak.

2. Aiskrim.
Makanan dingin ini dicintai orang segala usia, jadi tak menghairankan jika aiskrim termasuk dalam daftar makanan yang diinginkan ibu hamil. Aiskrim juga sumber makanan yang kaya kalsium dan mineral penting lainnya untuk pertumbuhan janin. Namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Makanan ini boleh menyebabkan kegemukan dan kencing manis.

3. Buah-buahan.
Buah-buahan bagus untuk kesihatan ibu mengandung, ini kerana mempunyai pelbagai vitamin. Namun kebiasaan isteri akan meminta buah yang susah didapati, terutamanya buah yang bermusim. Bagi para suami harus lah cuba terbaik untuk mendapatkan buah tersebut. Jika gagal cuba terangkan kepada isteri dengan baik, supaya emosi ibu tidak terganggu.

4. Makanan pedas.
Ibu mengandung juga cenderung untuk makan makanan yang lebih pedas contohnya tomyam, sambal dan sebagainya. Namun jangan terlalu pedas takot sakit perut pula nanti.

5. Coklat.
Coklat bersifat manis dan lemak, sedap dimakan. Bukan sahaja ibu mengandung yang mengidam coklat, tetapi kadang-kadang suami makan lebih banyak dari isteri mengandung. Coklat harus diambil dalam kuantiti yang sikit, kerana boleh menimbulkan kegemukan dan kencing manis.

6. Kerepek kentang, jajan.
Makanan ini banyak mengandung pati dan garam sehingga ibu hamil mengidam dalam rangka mempertahankan kadar natrium di dalam tubuh. Namun msg dalamnya berbahaya.

7. Kek.
Kek mempunyai daya tarikan sendiri untuk memperdayakan seseorang untuk membelinya, kerana selain rasa yang sedap ianya juga cantik dan menarik. Maka tidak hairanlah isteri anda akan mengidam kek.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan