Jumaat, 19 Jun 2015

Apa Itu Air Ketuban

Sebagai seorang ibu atau bapa anda harus tahu apa itu air ketuban.Air ketuban ialah cecair amnion yang mengelilingi bayi di dalam rahim semasa mengandung. Ia amat penting untuk perkembangan bayi.


Cecair amnion dihasilakan selepas pembentukan kantung kira-kira 12hari selepas proses pensenyawaan. Pada awal kandungan air ketuban disediakan oleh ibu. Selepas kira-kira 20 minggu ,kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada trimester kedua, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkan air kencing untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban dalam rahim. 

Oleh itu, air ketuban kebanykan dihasilkan oleh air kencing, kulit dan pernafasan bayi. Jumlah air ketuban yang banyak pada minggu ke 34 iaitu kira-kira 800ml. Jumlah air ketuban akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan