Jumaat, 7 Ogos 2015

Tips Membeli Kereta Terpakai

Kereta terpakai mempuyai kebaikan dan keburukan sendiri sebenarnya. Tetapi bagi admin sebenarnya banyak keburukan  dan berisiko jika tersalah beli kereta. Jadi di sini admin ingin kongsikan sedikit tips untuk membeli kereta terpakai. Agar para pembaca tidak tertipu dan tersalah beli.

1. Memilih penjual atau agensi.
Proses pembelian kereta terpakai lebih rumit daripada baru, kerana banyak perkara yang anda tahu. Kebiasaanya penjual tidak akan menceritakan semua perkara, terutamnya keburukan kereta itu. Antara perkara yang anda harus tahu dan tanya penjual tersebut adalah, berapa susut nilai kereta itu, pernah mengalami kemalangan atau tidak, berapa harga susut nilai campur proses penukaran geran dan kadar faedah, siapakah pemilik asal kereta tersebut, masih mempunyai loan dengan bank, mempunyai saman atau tidak, cukai jalan dan insurans dan sebagai. Semua ini penting untuk ditanya. Sebagai contoh, penjual menyatakan dua bulan lagi cukai jalan dan insurans kereta tersebut habis. Adakah anda ingin membeli juga.?  Anda telah melaburkan 10% dari pinjaman tersebut. Dua bulan kemudian anda terpaksa keluar duit lebih untuk menghidupkan cukai jalan dan insurans. Jika anda tidak yakin dengan jawapan penjual, anda berhak untuk memeriksa kereta itu sendiri. Selain itu terdapat juga kes penipuan, contohnya menyuruh pembeli memasukan 10% duit booking, tapi bila sampai di kedai kereta tidak seperti dalam gambar, banyak berlaku di mudah.com.

2. Memeriksa kereta itu.
Terdapat pelbagai cara untuk memeriksa kereta tersebut. Pemeriksaan penting, kerana selepas pembelian tidak timbul masalah. Jom kita lihat serba sedikit caranya

a) PEMERIKSAAN LUARAN
Periksa keadaan cat kereta.  Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik untuk dibuat pilihan.  Biasanya pihak used car akan cat kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik.  Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna asal.  Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin.  Biasanya warna asal akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan enjin. Catatan warna asal juga terdapat pada geran kereta.



Periksa pemegang pintu. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang. Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik. Pendek kata apa yang anda mampu lihat luaran periksa sahaja. Periksa bahagian bawah kereta, takot kereta tersebut adalah kereta potong.

b) PEMERIKSAAN DALAMAN
Pemeriksaan bahagian enjin merupakan pemeriksaan yang penting, periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta . Periksa semua wayer adakah sudah rosak atau masih baik, periksa bateri berapa lama sudah digunakan, periksa bahagian penyimpanan air kerana takot bocor. Jika ada yang anda tidak puas hati, terus tanya penjual. Selepas itu periksa bahagian dalaman di tempat pemandu. Perkara yang perlu anda teliti adalah, semua suis berfungsi dengan baik, periksa kilometer, tempat duduk,radio, penghawa dingin,  pedal brek dan clutch. Soalan tambahan juga boleh diajukan seperti, kereta ada jumper, jack tayar dan sebagainya.

3. Pandu uji.
Luaran dah puas hati, dalaman pun dah puas hatikan. Jadi boleh lah cuba pandu uji kereta tersebut. Hidupkan enjin, jika enjin dihidupkan dengan mudah, itu perkara baik. Jika tidak cuba tanya kepada penjual tersebut. Periksa semua jenis lampu, biarkan enjin hidup dalam 5 hingga 10minit. Dalam masa tersebut lihat adakah meter suhu bergerak, periksa jika terdapat sebarang kebocoran, uji gearbox, padal minyak, brek adakah berfungi dengan baik. Selepas dah berpuas hati bawaklah jalan2. Semasa bergerak anda harus perhatikan bunyi enjin, pergerakan kereta, power staren, cuba belok 360 darjah atau mana2 selekoh tajam. Uji sistem suspension.

4. Jaminan.
Kebiasaanya jaminan dari kedai adalah janji mulut sahaja, tiada hitam dan putih. Kebiasaanya kedai memberi jaminan 2 minggu hingga sebulan. Tetapi jika kereta tersebut masih dalam jaminan jenama, contoh Produa 5tahun jaminan. Penjual akan menyuruh pembeli merujuk kepada jaminan produk tersebut.  Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta  dengan salesman. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di pusat-pusat service bertauliah. Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit service sekiranya owner asal serahkan kepada used car.Pembeli harus mengetahui spesifik jaminan yang dijanjikan oleh penjual, supaya tidak ditipu.

5. Geran.
Lihat dengan teliti geran tersebut, terdapat maklumat penting dalam geran.Antara perkara yang anda harus lihat adalah, tarikh dikeluarkan dan dibeli, no enjin, sejarah pemilik kereta, warna dan sebagai yang tercatat dalam geran. Untuk melihat samada penjual jujur ataupun tidak, kebiassanya pembeli tanya soalan yang terdapat dalam geran dahalu. Kemudian baru mintak geran, bandingkan maklumat yang diberi oleh penjual dengan geran. Jika lain kemungkinan besar penjual sedang menipu anda.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

4 ulasan:

  1. perodua myvi 2009 tiptop RM28,000

    perodua myvi 2009 kurang tiptop RM21,800

    kedua2 processing fees RM2,500..

    anda pilih ....

    BalasPadam
  2. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini (DAVIESRUTHFIRM@GMAIL.COM)

    BalasPadam