Khamis, 2 Julai 2015

Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal

7 Mei lalu Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff membuat penarikan sijil halal dari Secret Recipe. Namun penarikan tersebut bukan  disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu. Hari ini Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara. 

Secret Recipe berkata, kumpulan yang terdiri daripada pegawai Pematuhan Halal serta Jaminan Kualiti dan Kebersihan yang berkelayakan dilantik untuk memastikan semua sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.

Ini termasuk mematuhi amalan pengilangan yang baik serta garis panduan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan