Sabtu, 23 Mei 2015

Minum Air yang Betul.

Pengambilan air di waktu yang sesuai.

1. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ di permulaan 
    hari.  
2. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu proses penghadaman makanan.
3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu merendahkan tekanan darah
4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat menghindakan penyakit “stroke” dan serangan jantung.
Untuk habiskan 2.5 liter air sehari mudah saja! minum 500ml air setiap kali selesai solat 5 waktu - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya.
Bagaimana kita ingin tahu bahawa kita kekurangan air? Salah satu cara yang mudah ialah dengan memerhati warna air kencing kita. Air kencing yang jernih menunjukkan air yang mencukupi, semakin kuning air kencing kita, bermakna semakin teruk dehidrasi kita. Kesan dehidrasi pula ialah mudah penat, kulit, bibir dan mulut yang kering, stres, pening kepala, asma, sakit belakang, darah tinggi dan banyak lagi.

 Jadi, minumlah air secukupnya, tiap kali bangun tidur, ketika belajar, dan bila-bila saja. Air yang terbaik ialah air kosong, kurangkan minum air manis. Bawalah air setiap masa, dan jadikan sebagai satu tabiat. Percayalah, bahawa kita sendiri boleh merawat setiap penyakit, dan jangan lupa untuk meletakkan pengharapan pada Allah, Tuhan Yang Maha Penyembuh.
 
Seorang sahabat berkongsi - " Mak saya kurang minum air. Bila buat ujian kesihatan kencing sangat kotor dan terjadi masalah buah pinggang tetapi tidak kritikal. Doktor sarankan air kosong kena minum sekurang-kurangnya 7 - 10 gelas sehari "

Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit

Tiada ulasan:

Catat Komen