Dalam kata mudah, ianya dipanggil penyakit susah tidur. Secara fisiologinya,
insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan,
hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali
dalam fasa kehidupan mereka. Keadaan ini
bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan.
Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin
harian individu terbabit. Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa.
Fasa ini terbahagi kepada:
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.
Penyakit sukar tidur boleh disebabkan beberapa faktor dibawah.
-Stress atau tekanan ditempat kerja.
-Menghadapi masalah.
-Perubahan pada persekitaran.
-Penyakit.
-Gangguan mahluk halus.
Tips berkesan mengatasi masalah sukar tidur.
1. Bernafas dengan tenang.
Bernafas
secara tenang dan pelahan-lahan. Biarkan diri anda berintraksi dengan
pernafasan yang baik. Lakukan secara berulang-ulang, sampai anda
tertido.
2. Kosongkan Minda.
Kemungkinan
besar masalah sukar tidur ini berpunca daripada anda berfikir sebelum
tidur. Fikiran anda tidak fokus dan selalu memikirkan hal lain.
Kosongkan minda, lupakan masalah.
3. Elakan Minum Air Berkafein.
Minuman
berkafein sebenarnya boleh membuatkan seseorang hilang rasa mengantok.
Ini kerana kandungan kafeinnya bertindak balas dengan badan. Namun ada
yang tetap rasa mengantok walaupun minum minuman berkafein. Ianya
bergantung pada seseorng itu sendiri.
4. Bersukan, beriadah.
Bersukan
pada waktu petang juga memudahkan anda tidur pada waktu malam. Ini
kerana, apabila badan anda letih. Anda akan mudah tidur.
5. Mendekatkan Diri dengan Tuhan.
Melakukan ibadat juga boleh menenangakan hati atau boleh menghidar dari ganguan mahluk halus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan