Sabtu, 23 Mei 2015

Mers-cov

Malaysia pernah digemparkan  dengan kes kematian jemaah haji yang pulang daripada menunaikan umrah. Didapati meninggal angkara sejenis penyakit yang dikatakan mudah tersebar dan jika tidak dirawat denga betul, seseorang berdepan risiko kematian. 





Kenali Mers-Cov.
MERS-COV adalah salah satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia adalah kumpulan keluarga virus besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenainya  pada September 2012. Sehingga 31 Mei 2013, sejumlah 53 kes yang disahkan, melalui ujian makmal telah dilaporkan di seluruh dunia, meliputi 30 kematian. Rakyat Malaysia juga berisiko mendapat jangkitan kerana bilangan yang mengerjakan haji dan umrah adalah agak tinggi. Oleh itu para jemaah harus berwaspada dengan penyakit ini.
Tanda dijangkiti.
Antara gejala yang sering dihadapi adalah jangkitan saluran pernafasan akut. Gejala utama termasuklah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan cirit-birit (sebahagian kes).

Info.
-Penyakit ini mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi.
-Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah.
-Sehingga 14 Mei 2014, sejumlah 571 dilaporkan yang disahkan melalui ujian makmal.

Admin menasihatkan selepas ataupun sebelum pergi ke mana-mana negara, haruslah membuat pemeriksaan kesihatan. Ini supaya kita tidak membawa penyakit ataupu dijangkiti. Untuk lebih banyak perkongsian ilmu jangan lupa komen dan follow yea.

Tiada ulasan:

Catat Komen