Sabtu, 23 Mei 2015

Diet Atkins

Pelbagai tips diet yang ada diluar sana. Semua orang kalau diberi pilihan pasti mahu mempunyai bentuk badan yang menarik dan menawan.  Untuk kali ini admin ingin berkongsikan tips diet yang agak pelik. Tetapi kesanya agak hebat. Tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan tenaga untuk bersenam, tidak perlu mengeluarkan peluh. Atau dalam kata mudahnya duduk dan makan. Admin pun pelik pada mulanya diet ini. Tetapi selepas membaca dan mencuba baru admin faham. Ok jom admin terangkan serba sedikit mengenainya. 


Diet ini menitik beratkan pemakanan  kalu tidak silap admin. Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan mi.
 

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Secara keseluruhanya terdapat empat fasa, iaitu:


1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)


3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance


Ok lah, untuk memudahkan lagi para pembaca, admin sediakan satu link tuk dwload buku panduan ini.

https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/649264835200286/

Tiada ulasan:

Catat Komen