Sabtu, 23 Mei 2015

Penyakit Kemurungan.

Laporan Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. Antara faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.




Punca Kemurungan.

Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)


Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)


Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.


Tanda-tanda Kemurungan

  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 

Tiada ulasan:

Catat Komen