Rabu, 20 Mei 2015

Masalah-masalah Kulit dan Cara Mengatasinya.

Secara keseluruhan ada pelbagai jenis masalah kulit yang ada. Mungkin anda tidak pernah menghidapinya. Ada juga yang sedang berdepan dengannya. Tanda-tanda awal masalah kulit adalah seperti keradangan kulit, perubahan dalam tekstur atau warna dan tompak pada kulit. Mungkin anda rasa masalah ini ringan, tapi harus ingat masalah ini akan menjadi lebih serius jika di abaikan. Berikut adalah jenis masalah kulit yang anda harus tahu.


1. Kayap (Herpes Zoster)
Kayap bermula dengan rasa pedih, berdenyut-denyut, atau kulit amat sensetif. Ruam daripada bintik-bintik akan berubah menjadi lepuhan menyakitkan yang akan berlanjutan sehingga dua minggu. Kayap sering muncul pada bahagian badan dan punggung. Selain itu ia juga boleh muncul di bahagian-bahagian lain kulit. Kebanyakan orang akan sembuh daripada kayap, namun rasa sakit, kebas dan gatal akan tetap dirasakan. Keadaan serupa ini boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bertahun malah sepanjang hayat mereka. Rawatanya adalah dengan ubat antivirus, steroid, antidepressant dan ubat sapu.
 
 
2. Geligata (urtikaria)
Reaksi alahan biasa yang kelihatan seperti geligata adalah amat mengatalkan. Kadangkala ia menyebabkan rasa pedih. Geligata berbeza saiz dan boleh bergabung bersama untuk membentuk kawasan yang lebih besar. Ia boleh berlaku di mana sahaja kawasan kulit dan boleh berlaku sekejap atau berhari-hari. Ubatan, makanan, pengawet makanan ,suhu mendadak dan jangkitan adalah antara penyebab geligata. Antihistamin boleh memberi kelegaan terhadap masalah geligata.
 
 
3. Psoriasis.
Ruam merah tebal yang diselaputi dengan kuping memutih tidak berjangkit atau psoriasis ini biasanya akan menjangkiti kulit kepala, siku, lutut dan bahagian belakang. Ruamnya akan sembuh dan muncul semula sepanjang hidup. Penyebab psoriasis tidak diketahui tetapi sistem imum mencetus sel-sel baru untuk membentuknya dengan terlalu cepat. Rawatan termasuklah ubatan disapu pada kulit, terapi cahaya, dan ubatan yang dimakan, suntikan atau setuhan.
 
 
 4. Ekzema.
Ekzema adalah keadaan tidak berjangkit yang menyebabkan kulit keradangan, merah, kering dan gatal. Stres perengsa, alergen dan cuaca boleh mencetuskan serangan walaupun penyebabnya tidak diketahui. Ekzema orang dewasa boleh muncul pada siku, tangan dan kawasan membenkok seperti dalam siku. Rawatan termasuklah ubat sapu, ubat makan dan suntikan. 
 
 
5. Rosacea.
Rosacea menyebabkan kemerahan pada hidung, dagu , pipi, dahi malah di mata. Kemerahan boleh bertambah seiring masa dan menyebabkan pembuluh darah jelas kelihatan. Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kulit tebal, lekuk-lekuk, dan jerawat berisi nanah muncul. Rawatan rosacea termasuklah ubatan  dan juga prosedur pembedahan seperti terapi laser, dermabrasi dan elektrokauteri bagi menbentuk semula kawasan yang terjejas
 
 
 6. Kudis Herpes.
Virus kudis herpes boleh menyebabkan lepuhan kecil, menyakitkan dan berisi cecair pada mulut atau hidung. Ia boleh berlanjutan sehingga 10 hari. Kudis herpes mudah berjangkit. Pencetusnya termasuklah demam, terlalu terdedah pada cahaya matahari, stres atau perubahan hormon seperti haid. Pil atau krim antivirus boleh digunakan untuk rawatanya. Tetapi anda perlu berjumpa doktor jika kudis mengandungi nanah, kemerahanya merebak
 
7. Tags Kulit.
Tags kulit adalah tisu sedikit gelap yang tergantung pada kulit. Ia biasanya boleh ditemui pada leher, dada, belakang, ketiak, di bawah payudara. Tags kulit biasanya berlaku pada wanita dan orang tua. Ia tidak bahaya dan biasanya tidak menyebabkan kesakitan melainkan ia menjadi rengsa akibat sentuhan dengan pakaian atau kulit. Ia boleh dibuang dengan memotong, menyejukannya atau membakarnya
 
8. Tahi Lalat.
Tahi lalat boleh muncul di sebarang bahagian tubuh. Ia biasanya muncul sebelum usia 20 tahun. Walaupun tahi lalat bukan kanser, tetapi kadangkala ada sesetengah tahi lalat berisiko kanser. Pastikan anda menilai tahi lalat yang berubah warna, berdarah atau gatal.

9. Tompokan Akibat Usia.
Tompok coklat atau kelabu sebenarnya bukan disebabkan oleh usia walauoun ia menjadi lebih biasa pada mereka yang berusia. Ia akibat pendedahan terhadap cahaya matahari. Sebab itu jugalah ia cenderung muncul di kawasan yang banyak terdedah cahaya. Rawatan dengan krim pelentur boleh mengurangkanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan