Rabu, 20 Mei 2015

Cara Tingkatkan Mood Anda di Pagi Hari.

Malas, bosan dan sebagainya pasti akan melanda pada waktu pagi, terutamanya awal pagi hari kerja, sekolah dan sebagainya. Sedikit tips untuk memperbaiki mood anda di pagi supaya anda tampil cergas dan ceria.


1. Tidur awal.
Tidur diawal malam, tidur yang cukup membantu tubuh anda mendapat rehat yang cukup dan tenaga untuk memulakan hari esok. Tidur yang cukup ialah 8jam sehari.
2. Fikir Positif Bila Bagun Tidur.
Ini sangat penting kerana ia membantu bangkit dari katil. Jika anda rasa malas kerja, fikirlah yang diluar sana masih banyak yang mengangur. Berfikir mencari rezeki kerana untuk sara keluarga sambil mendapat pahala. Mulakan niat kerana tuhan mu.
3. Buat Senaman.
Terus bangun dan membuat senaman ringkas. Cukup sekadar memanaskn badan anda. Nanti anda akan keletihan pula jika melakukanya lebih.
4. Dengarkan Muzik Kegemaran.
Nada-nada yang indah dari muzik yang disenangi secara automatik dapat menstimulasi otak untuk terbuka. Apalagi kalau lirik-lirik lagu didengar itu berisi kata-kata yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu dipagi hari.
5. Sarapan yang Sesuai dan Tidak Berlebihan.
Ambil sarapan yang sukup sahaja. Ini kerana perut masih mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan setelah bangun tidur.Anda boleh makan yang ringan seperti roti, bubur dan omelet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan