Rabu, 20 Mei 2015

Khasiat dan Kebaikan Buah Betik.

Pokok betik berasal daripada Mexico. Buah ini merupakan buah yang mudah dicari, kerana ianya bukan buah yang bermusin. Selain mempunyai khaisat dan kebaikan yang banyak, harga buah ini juga murah berbanding buah lain. Buah Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg.




Khasiat dan Kebaikan.

1. Boleh digunakan dalam masakan, ia dapat melembutkan daging. Caranya panggang daging yang dibalut dengan daun betik.

2. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan mudah. Selain itu ianya juga dikatakan mampu mengubati bawasir berdarah. Pengambilan secara kosistan mampu membuatakan sistem penghadaman lebih baik.

3. Untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

4. Ini merupakan petua orang dulu-dulu untuk menghilangkan sakit-sakit otot. Salai daun betik di atas api, tapi pastikan jangan terlalu kering. Letakan pada bahagian belakang yang sakit.

5. Salah satu daripada rawatan tradisional untuk membaiki pecah tumit. Bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

6.  Buah betik muda dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ini mampu mengecutkan struktur otot rahim, ini membuatkan peredaran haid yang teratur.

7.  Buah ini berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Rendam buah betik dengan cuka selama seminggu. Ambil dalam 20 g, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.

8. Bagi pesakit tekanan darah tinggi pula anda juga boleh memakan buah betik setengah jam sebelum sarapan untuk memeriksa tekanan darah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan