Rabu, 20 Mei 2015

Adakah Botak Berkaitan dengan Penyakit

Secara keseluruhanya memang ada penyakit menyebabkan botak, tetapi bukan semua. Di sini admin dah senaraikan punca-punca botak yang melibatkan penyakit dan kesihatan. 



PUNCA-PUNCA BOTAK.
1. Hormon.
Hormon berkaitan dengan genetik, pernahkah anda terdegar apabila ibu atau bapa mempunyai penyakit kencing manis, risiko anaknya mengalami penyakit kencing manis adalah besar. Pendekatan inilah yang saya ingin katakan. Jika seorang bapa atau ibu anda adalah seorang botak, anda tidak mustahil akan menghidap perkara yang sama. Jika ibu atau bapa anda seorang botak, anda harus berjaga dari awal atau mula dari sekarang. Jika gejala untuk botak sudah ada, cepat-cepat lah berjumpa dengan pakar. Ianya boleh dipanggil Androgenetic alopecia.
2. Penyakit atau kesan dari ubat.
Sesetengah penyakit kronik seperti psoriasis dan kencing manis boleh menyebabkan keguguran rambut. Penyakit kulat pada kulit kepala juga boleh menyebabkan masalah ini dan banyak lagi penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Saya hanya mampu nasihatkan bersabarlah dengan situasi yang sedang berlaku. Tiada siapapun yang mahu dirinya botak disebabkan penyakit. Bawalah berjumpa dengak doktor pakar. Selain itu sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut seperti ubat mencairkan darah, ubat untuk penyakit gout dan tekanan darah tinggi, pil merancang keluarga dan ubat ‘antidepressant’ atau ubat pengawal kemurungan.

3. Tekanan emosi dan fisiologi.
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut. 

4. Pemakanan.
Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga. Oleh itu saya menyeru amalkan pemakanan seimban, lagi elok anda berjumpa doktor untuk mengenali pemakanan anda. Doktor akan memberikan nasihat pemakan yang seimbang mengikut keperluan anda.

Tiada ulasan:

Catat Komen