Rabu, 20 Mei 2015

Kebaikan Pisang. Masker Pisang.

Bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai pelbagai kandungan vitamin, seperti B, B6, C, magnesium, kalsium dan besi yang dikatakan baik untuk wajah. Mempunyai wajah yang cantik secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita orang. Kulit pisang mampu merawat kulit wajah dengan mudah.

Jika sudah makan pisang tentu kulitnya di buang begitu sahaja, tetapi sebenarnya ia dapat dimanfaatkan agar kulit wajah lebih bersinar dan bersih. Untuk mencerahkan wajah, pisang boleh dijadikan masker jesture, tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan kulit bersih dan putih.

Bagi menghilangkan jerawat, isi pisang yang matang dan berwarna kuning boleh boleh dihancurkan secukupnya sebelum dioles ke setiap bahagian kulit wajah. Biarkan seketika selama beberapa saat sebelum di bersihkan. Ulangi beberapa hari hingga jerawat hilang.
Bagi kulit kasar dan kering, cubalah masker pisang secara rutin dalam beberapa minggu hingga kulit terasa halus.

Tiada ulasan:

Catat Komen