Rabu, 20 Mei 2015

Cara Elak Berat Badan Naik

1. Jangan Abaikan Sarapan.
Kita kerap tidak sarapan kerana untuk mengurangkan berat badan dengan mengabaikan sarapan. Mungkin ada yang pengambilan kuantiti makanan yang berkurangan juga membantu mengurangkan berat badan, namun tangapan ini salah. Permulaan hari harus dimulakan dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan bijiram.
2. Tambah Makanan Sihat Dalam Diet Harian.
Menolak makanan berkhasiat tidak memberi sebarang faedah selain melemahkan metabolisma badan. Digalakan menambah makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran ketika berasa lapar. Makan jenis makanan yang diperlukan badan dan sangat membantu memaksimumkan proses dalam badan dan mengurangkan berat badan tanpa diet ketat, bukanya dengan memakan makanan ringan.
3. Menambah Masa Tidur.
Penambahan waktu tidur dalam tempah bertepatan dapat membantu anda menghilangkan berat badan. Sememangya cara ini sangat menyeronokan untuk mengurangkan berat badan diet ketat. Kajian menunjukan individu yang kurang tidur selalunya lebih mudah dan cepat lapar daripada mereka yang mendapat tidur yang cukup.
4. Jadikan Teh Hijau Amalan.
Teh hijau mampu mengurangkan kalori. Baca lebih lanjut http://kamisihat90.blogspot.com/2015/03/teh-yang-paling-sesuai-berdiet-kebaikan.html
5. Mula Mengunyah Gula-gula Getah Tanpa Gula.
Gula-gula getah dengan rasa yang kuat seperti pudina sangat membantu ketika kelaparan. Biasanya seseorang itu makan tanpa sebarang had apabila menonton televisyen, melayari internet atau bermain permainan video.
6. Bakar Kalori.
Membakar 100 kalori setiap hari tanpa diet. Anda boleh berjalan selama 20 minit, menarik rumpai dan menarik rumpai dan menanam bunga selama 20 minit, memotong rumput selama 20 minit, membersihkan rumah sekurangnya 30minit atau berjoging selama 10 minit.

Tiada ulasan:

Catat Komen