Rabu, 20 Mei 2015

Teh yang Paling Sesuai Berdiet. Kebaikan Teh Hijau.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis teh yang ada di dunia ini. Namun teh mana yang paling sesuai untuk berdiet.? Tetapi bagaiman pula cara penyediaanya, diambil sejuk atau panas, dicampur halia, bunga cengkeh, atau kayu manis. Pengambilan teh sebenarnya memang bagus untuk kesihatan, namun tidak boleh diambil jumlah yang terlalu kerap dan selalu dalam sehari.



Teh hijau adalah teh yang terbaik untuk berdiet. Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

Kebaikan Teh Hijau yang Lain.

1. Perlindungan Kanser.
Teh hijau dapat memberi perlindungan daripada kanser prostat. Pengambilan yang berterusan membuatkan anti radang meningkat. Selain itu boleh mengurangkan kanser paru-paru. Kandungan polifenol dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru. Perokok yang berisiko tinggi untuk mendapat serangan ini, elok lah mengambil teh hijau.

2. Mengurangkan Kolesterol.
Teh hijau mengandungi tanin yang boleh mengurangkan kandungan kolesterol secara semula jadi di badan. Kandungan catechin mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus.

3. Alzheimer dan Parkinson.
Ada kajian yang membuktikan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak. Kajian dilakukan kepada tikus putih makmal, dan kajian ini telah terbukti berjaya.

4. Mengurangkan Kerosakan Gigi.
Terdapat kajian kandungan antioksidan kimia di dalam teh boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan kerosakan gigi.

5. Mengurangkan Penyakit Kemurangan.
Terdapat sejenis asid amino semula jadi yang dikenali sebagai theanine dipercayai mampu memberi kesan tenang kepada peminum teh.

6. Awet Muda.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh dapat mengurangkan tanda-tanda penuan dan kedutan pada wajah.

7. Mencegah Keracunan Makanan.
Teh mampu membunuh bakteria. Ini dapat mengurangkan risiko keracunan makanan, bakteria seperti clostridia dan E. coli boleh dimatikan dengan mudah. Apabila anda terkena cirit-birit, anda disarankan untuk minum teh hijau pekat tanpa gula.

8. Menurunkan Tekanan Darah.
Teh hijau mengandungi ACE inhibitor, di mana beberapa penilitian menunjukan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrem teh hijau

Tiada ulasan:

Catat Komen