Rabu, 20 Mei 2015

Tips Semula Jadi Hindari Kanser Payudara.

Kanser payu dara menjadi salah satu kanser yang amat ditakuti oleh wanita, ini kerana ianya merupakan salah satu pembunuh utama wanita negara ini. Mengcegah lebih baik dari mengubati. Sebaliknya ambilah langkah menghindarinya sebelum terlewat. Berikut merupakan sedikit tips yang anda boleh amalkan untuk menghindari kanser ini.

1. Bersenamlah.
Bersenam bukan sahaja boleh mengurangkan penyakit kanser payudara, malahan bersenam mampu menghindari penyakit lain. Bersenam akan menurunkan kadar estrogen  yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan kanser payu dara.
2. Kurangkan Lemak.
Kebanyakan penyakit datang dari pemakanan kita sendiri. Beberapa kajian menunjukan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang dikatakan mampu memberi risiko kanser ini ialah lemak tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandungi susu penuh krim.
3. Perhatikan Cara Memasak.
Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara. Daging-daging yang dimasak atau daging dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik. Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk.
4. Makan Lebih Banyak Buah dan Sayuran.
Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya A, C, E dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser.
5. Ambil Suplemen Antioksidan.
Suplemen tidak dapat mengantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser payudara.
6. Makan Banyak Serat.
Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandungi banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan kurang.
7. Jaga Berat Badan.
Kenaikan berat badan setiap kg setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan pertambahan lemak pada tubuh. Maka kadar estrogen sebagai hormon punca kaser payudara akan meningkat

Tiada ulasan:

Catat Komen