Ahad, 24 Mei 2015

Angka Imei

Jadilah seorang penguna bijak, dapatkan sedikit maklumat sesuatu barang sebelum membeli. Supaya anda tidak menyesal sesudah membeli barang tersebut. Ramai yang gairah untuk membeli telefon bimbit, namun adakah telefon anda beli itu original. Mungkin sekarang anda mengunakan telefon bimbit bukan original. Ataupun anda bakal melabur duit anda membeli barang yang tidak berkualiti dan boleh mendatang bahaya kepada anda.


Cara Lihat Angka Imei.
Caranya mudah dan berbeza. Anda hanya perlu membuka fungsi "dail" dan masukan kod seperti berikut.
1. HTC -*#*#3424#*#*
2. SONY -*#*#7378423#*#*
3. SAMSUNG -*#0*#
4. NOKIA *#06#
Jika manusia mempunyai kad pengenalan diri, begitulah juga telefon anda. Nombor imei berbeza setiap hanfon walaupun jenama sama. Selain itu anda boleh menyemak nombor imei anda tanpa fungsi dail.
1. IOS.
Anda perlu ke bahagian Settings> Genaral> About.

2. ANDROID.
Anda perlu ke bahagian Settings> About Phone.
3. BLACKBERRY.
Anda perlu ke bahagian Options> Status.
4. WINDOWS.
Anda perlu ke bahagian Settings> About> More Information.
Setiap imei mempunyai 15 digit. Secara keseluruhan nombor imei boleh dilihat fungsi dail *#06#. Sebelum membeli telefon. Pastikan nombor imei telefon sama dengan kotak. Ini adalah salah satu cara mengelakan anda tertipu.

Tiada ulasan:

Catat Komen