Khamis, 21 Mei 2015

Tips di Musim Panas. Apa yang Harus di Lakukan untuk Kekal Sihat dan Cergas.

Setiap setahun pasti musim panas akan berlaku. Mungkin di Malaysia tidak pernah mencatatkan kematian desebabkan oleh musim ini. Tetapi sudah terdapat negara yang rakyatnya mati disebabkan musim ini (gelombang panas). Suhu yang paling panas dicatatkan di Malaysia ialah 41 celsius di daerah Cuping, Perlis. Oleh yang demikian anda harus mengambil berat dengan perkara ini. Kerana sedikit sebanyak akan memudaratkan kesihatan anda.


Apa yang harus dilakukan.
1. Kurangkan aktiviti pada waktu kemuncak (tengah hari).
Aktiviti seperti riadah di waktu panas harus dielakan, (bersukan, berkelah dan sebagainya). Elakan melakukan kerja di tempat panas dan terdedah dengan matahari, ini melibatkan pekerjaan seperti polis, buruh binaan dan sebagainya.
2. Gunakan pelbagai item.
Pengunaan seperti payung sebelum keluar rumah adalah amat digalakan, selain itu pengunaan krim SPF 30 keatas juga digalakan.
3.Pakaian.
Pakai pakaian yang menutup badan anda dengan sempurna atau sepenuhnya, ini bagi mengelakan kulit anda terdedah dengan matahari. Pemilihan warna juga adalah penting, kerana warna pada pakaian dapat menyerap haba.
4. Banyakan Minum Air.
Air adalah paling penting di musim panas. Ini kerana, air mampu menyejuk badan. Minum lah air mengikut keperluan badan, 8gelas sehari. Minuman isotonik juga bagus untuk tubuh kita. Minuman yang perlu dielakan adalah yang terlalu sejuk, beralkohol dan berkafein.

5. Sejukan Tubuh.
Selain minum air untuk menyejukan tubuh, pengunaan kipas dan penghawa dingin boleh digunakan. Mandi kerap kali juga bagus untuk sejukan badan. Amalan mandi kerap kali ini juga boleh dilakukan semasa anda demam. Ini bertujaan supaya suhu badan anda tidak menjadi terlalu panas.
Sekian sahaja tips saya pada kali ini. Jangan lupa komen dan follow saya. TQ

Tiada ulasan:

Catat Komen