Daripada Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya, ada lima macam binatang berbahaya yang boleh di bunuh di luar tanah haram mahupun di tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang. Daripada Salim daripada bapanya daripada Nabi s.a.w sabdanya, ada lima macam binatang berbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di tanah haram sekalipun ketika ihram iaitu tikus, jengking, gagak, helang dan anjing gila.
Pelbagai maklumat, info, berita dan sebagainya. Sememangnya lebih panas dari biasa.
Ahad, 14 Jun 2015
Rabu, 10 Jun 2015
Amalan Untuk Elak Serangan Jantung.
Seperti yang diketahui penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian buat kaum lelaki. Tapi sayangnya risiko kematian akibat penyakit ini sebenarnya masih boleh dicegah. Kuncinya adalah bertindak sekarang, jangan menunggu serangan jantung yang pertama untuk berubah. Anda hanya punya satu jantung dan berikut ini adalah antara cara yang harus di amalkan oleh setiap lelaki untuk memastikan jantung mereka dalam keadaan sihat.
Sabtu, 6 Jun 2015
Diet dengan Kulit Sihat
Hati-hati sekiranya anda melakukan diet rendah karbohidrat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Terlalu ramai orang yang menghindari pengambilan nasi demi menurunkan berat badan. Tetapi ini akan menjadikan tubuh badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab terjadinya proses penuaan.
Tips Atasi Mual dan Muntah Ketika Hamil
Sebenarnya gejala mual dan muntah yang dialami oleh wanita hamil menjadi petunjuk bahawa berlakunya perubahan horman di dalam tubuh. Ianya sebagai persedian untuk memberi ruang yang lebih selesa semasa tumbesaran janin di dalam rahim. Berdasarkan penelitian yang dilakukan, wanita hamil yang tidak mengalami keadaan mual dan muntah di awal trimester menunjukan jumlah keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita hamil yang mengalami mual dan muntah atau morning sickness.
Penyakit Chorn
Penyakit Chorn boleh menyakitkan dan kadang-kadang dapat menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Tidak ada ubatan yang dikenal pasti untuk mengatasi penyakit Chorn. Penyakit Chorn adalah radang yang telah lama berlaku pada dinding usus. Penyakit ini melibatkan seluruh ketebalan dinding usus. Kebanyakan radang berlaku pada bahagian terbawah dari usus kecil dan usus besar. Namun radang juga boleh berlaku paa bahagian termasuklah dari saluran pencernaan, mula dari kulit mulut sampai dubur dan kulit sekitar subur.
Jumaat, 5 Jun 2015
Tips Makan Sikit Tapi Kenyang.
Pakar diet telah menemui beberapa cara untuk membuat perut anda cepat kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja. Kuncinya terletak pada aturan waktu makan yang betul, makanan yang dimakan serta cara makan. Menurut pakar diet, otak manusia akan mendapat signal perut sudah kenyang setelah 20 minit makan dan jika anda mempunyai kebiasaan makan dengan cepat, tentunya anda sukar berasa puas dan kenyang biarpun sudah makan dengan banyak.
Kebaikan dan Keburukan Mandi Sauna.
Mandi sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks. Namun, sebaliknya bagi yang gemar mandi sauna ini elak melakukannya lebih daripada 20 minit. Ini kerana, peluh akan keluar berterusan ketika mandi sauna dan ia boleh menyebabkan dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan.
Langgan:
Catatan (Atom)






