Sabtu, 6 Jun 2015

Penyakit Chorn

Penyakit Chorn boleh menyakitkan dan kadang-kadang dapat menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Tidak ada ubatan yang dikenal pasti untuk mengatasi penyakit Chorn. Penyakit Chorn adalah radang yang telah lama berlaku pada dinding usus. Penyakit ini melibatkan seluruh ketebalan dinding usus. Kebanyakan radang berlaku pada bahagian terbawah dari usus kecil dan usus besar. Namun radang juga boleh berlaku paa bahagian termasuklah dari saluran pencernaan, mula dari kulit mulut sampai dubur dan kulit sekitar subur.


Penyebab.
-Kelainan fungsi sistem pertahanan tubuh.
-Jangkitan.
-Makanan.

Gejala-gejala.
-Gejala awal yang paling sering ditemui adalah di kawasan yang berpanjangan, kekejangan perut, demam, selera makan berkurangan dan penurunan berat badan.

-Pada pemeriksaann fizikal, akan ditemui benjolan atau rasa penuh pada perut bahagian bawah, lebih sering di sisi kanan.

-Komplikasi yang sering berlaku dari keradangan ini adalah usus tersumbat, saluran penghubung yang abnormal dan kantung berisi nanah. Fistula boleh menghubungkan dua bahagian usus berbeza. Fistula juga boleh menghubungkan usus dengan permukaan kulit, terutama kulit di sekitar dubur.

-Adanya lubang pada usus kecil merupakan komplikasi yang jarang terjadi. Jika ia mengenai usus besar, sering berlaku pendarahan rektum. Setelah beberapa tahun, risiko menderita kanser usus semakin meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Komen