Jumaat, 5 Jun 2015

Tips Makan Sikit Tapi Kenyang.

Pakar diet telah menemui beberapa cara untuk membuat perut anda cepat kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja. Kuncinya terletak pada aturan waktu makan yang betul, makanan yang dimakan serta cara makan. Menurut pakar diet, otak manusia akan mendapat signal perut sudah kenyang setelah 20 minit makan dan jika anda mempunyai kebiasaan makan dengan cepat, tentunya anda sukar berasa puas dan kenyang biarpun sudah makan dengan banyak.


1. Makan perlahan dan kunyah dengan baik.
Ingat otak memerlukan tempoh 20 minit  untuk menyedari bahawa perut sudah kenyang. Biar apa pun makanan yang anda makan, pastikan anda makan dengan perlahan dan kunyah sehingga makanan benar-benar hancur sebelum menelanya. Ia juga sebagai satu cara untuk memanjangkan waktu makan.

2. Makan sepiring salad 10minit sebelum makanan utama.
Makan sala sebelum makan makanan utama akan membuat anda cepat berasa kenyang setelah makan. Ini kerana, kandungan serat di dalam salad memberikan rasa kenyang yang lebih lama, sekali gus dapat membantu anda mengurangkan kuantiti makanan yang anda makan.

3. Aturan makan yang betul.
Jika terlewat makan untuk waktu makan tertentu, anda berisiko untuk makan berlebihan di wakru makan yang berikutnya. Sebaiknya jaga wakru makan dengan betul dan jangan abaikan waktu makan anda.

4. Gunakan pinggan kecil.
Makan dalam pinggan yang kecil mengelakkan anda makan dengan banyak keran aanda hanya boleh meletakkan makanan dalam kuantiti yang terhad di dalam pinggan ini. Ia juga membantu memberi isyarat visual pada otak bahawa anda sudah kenyang dengan makan sepinggan makanan.

5. Pilih Buah.
Barbaning jus buah-buahan, adalah lebih baik anda memilih makan buah segar. Kandungan air dan serat yang lebih banyak di dalam buah-bauhan dapat membuat anda berasa lebih kenyang berbanding buah yang telah dijadikan jus.

6. Makan makanan berserat tinggi.
Makan bebrapa makanan berserat tinggi dapat memberikan rasa kenyang dengan lebih cepat. Walaupun makan banyak engan 20 peratus lebih kalori berbanding makanan biasa. Makanan serat tinggi adalah seperti biji-bijian, bauh-buahan seperti limau, epal, pic dan jambu

Tiada ulasan:

Catat Komen