Jumaat, 5 Jun 2015

Kebaikan dan Keburukan Mandi Sauna.

Mandi sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks. Namun, sebaliknya bagi yang gemar mandi sauna ini elak melakukannya lebih daripada 20 minit. Ini kerana, peluh akan keluar berterusan ketika mandi sauna dan ia boleh menyebabkan dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan.



Sauna merupakan aktiviti mandi yang dilakukan di dalam ruang tertutup dengan mengunakan pemanas sehingga mencapai suhu lebih daripada 70 darjah Celsius. Dalam keadaan ini, suhu tubuh juga akan meningkat sekitar 38 hingga 40 darjah Celsius dalam waktu beberapa minit sahaja. Menurut pakar, bagi mendapatkan hasil yang maksimun, mandi sauna sebaiknya tidak lebih dari 15 hingga 20 minit  sahaja. Menurut pakar ketika melakukan sauna, denyutan nadi akan meningkat sehingga 30 peratus atau lebih  sehingga membuat jantung untuk bekerja lebih dua kali ganda dalam menampung sejumlah darah dalam setiap minit.

Sebahagian besar aliran darah ekstra ini akan disalirkan ke kulit. Seterusnya, hal ini akan membuat aliran darah menjauhi organ-organ dalaman. Selain itu, kadar tekanan darah tidak dapat dijangka, pada beberapa orang boleh meningkat tetapi ada sebhagian juga boleh terus menurun. Selain itu pesakit jantung yang ingin melakukan sauna perlu membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum mahu melakukanya. Hal ini bagi menghindari risiko gangguan jantung yang lebih memudaratkan. Bagi yang sihat pula terdapat beberapa tip atau tindakan pencegahan yang boleh dilakukan seperti.

-Menghindari alkohol dan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi pengeluaran peluh dan menyebabkan panas keterlaluan sama ada sebelum atau sesudah melakukan sauna. 

-Sebaiknya mandi sauna tidak melebihi dari 15hingga 20 minit.

-Lakukan proses penyejukan secara perlahan-lahan setelah melakukan sauna.

-Minum dua hingga empat gelas air sejuk setelah melakukan sauna.

-Jangan lakukan sauna ketika tubuh sedang sakit atau berada dalam keadaan tidak cergas.

- Segera keluar daripada ruang sauna jika mula merasa pening, pitam atau tidak sedap badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan