Sabtu, 6 Jun 2015

Diet dengan Kulit Sihat

Hati-hati sekiranya anda melakukan diet rendah karbohidrat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Terlalu ramai orang yang menghindari pengambilan nasi demi menurunkan berat badan. Tetapi ini akan menjadikan tubuh badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab terjadinya proses penuaan.





Terapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk memiliki kulit yang cantik dengan cara diet yang lebih sihat.

1. Pengambilan Asid Lemak.
Minyak ikan sangat baik untuk kesihatan kulit kerana ia memiliki sifat asid yang tinggi. Minyak ikan sangat mudah diperolehi dan cara pengambilanya juga sangat mudah. Sebaik-baiknya, ambil minyak ikan bersama ikan tuna dan kentang kerana keduanya juga mempunyai sifat asid lemak yang baik.

2. Pengambilan Vitamin.
Vitamin E sangat baik untuk tubuh badan anda terutamnya untuk kulit. Vitamin E boleh didapati daripada kacang badam dan kacang soya. Selain itu, pengambilan lobak dan bayam juga sangat baik jika diamalkan kerana ia dapat menghalang tindakbalas radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.

3. Minum Air Putih Yang Cukup.
Biasakan diri anda untuk minum air putih yang cukup minimun 8 gelas sehari. Hal ini kerana, ia dapat membekalkan tenaga dan menjadikan buah pinggang anda sentiasa bersih dan sihat. Air putih juga dapat meneutralkan racun yang terdapat pada tubuh badan anda serta dapat menghaluskan kulit. Perhatikan air kencing anda, sekiranya air kencing tersebut berwarna terang bermaksud anda telah mengambil air putih yang mencukupi

Tiada ulasan:

Catat Komen