Sabtu, 6 Jun 2015

Tips Atasi Mual dan Muntah Ketika Hamil

Sebenarnya gejala mual dan muntah yang dialami oleh wanita hamil menjadi petunjuk bahawa berlakunya perubahan horman di dalam tubuh. Ianya sebagai persedian untuk memberi ruang yang lebih selesa semasa tumbesaran janin di dalam rahim. Berdasarkan penelitian yang dilakukan, wanita hamil yang tidak mengalami keadaan mual dan muntah di awal trimester menunjukan jumlah keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita hamil yang mengalami mual dan muntah atau morning sickness.


Bagi wanita hamil yang berhadapan dengan mual dan muntah yang teruk, mereka disarankan .
1. Makanan ringan seperti biskut kering, puding atau roti bakar tanpa mentega boleh dijadikan makanan sampingan. Nikmatinya dalam jumlah yang seikit tetapi kerap. Dengan cara ini, wanita hamil akan sentiasa kenyang.

2. Sebaik sahaja bangun dari tempat tidur, wanita hamil boleh terus mengambil segelas air suam.

3. Wanita hamil juga boleh mengambil sayur-sayuran sebagai makanan tambahan. Misalnya epal hijau boleh mengurangkan loya. Pengambilan sayur bayam pula boleh membantu anda mendapatkan asid folik tambahan untuk tubuh. Secara tidak langsung pengambilan sayuran dan buahan ini dapat membantu sistem penghadaman anda berjalanan dengan lancar.

4. Semasa hamil juga, anda perlu meneruskan rutin pengambilan susu dan vitamin. Makan vitamin tambahan yang telah diberikan oleh dokter sewaktu rutin pemeriksaan ibu mengandung.

5. Jika anda tidak boleh minum susu, gantikan pengambilan dengan yogurt atau produk ternusu seumpamanya. Keadaan mual dan muntah juga boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin B6. Buah pisang juga antara  buah-buahan yang mengandungi vitamin B6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan