Rabu, 10 Jun 2015

Amalan Untuk Elak Serangan Jantung.

Seperti yang diketahui penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian buat kaum lelaki. Tapi sayangnya risiko kematian akibat penyakit ini sebenarnya masih boleh dicegah. Kuncinya adalah bertindak sekarang, jangan menunggu serangan jantung yang pertama untuk berubah. Anda hanya punya satu jantung dan berikut ini adalah antara cara yang harus di amalkan oleh setiap lelaki untuk memastikan jantung mereka dalam keadaan sihat.


1. Elakan Rokok.
Merokok adalah faktor utama penyakit jantung, selain penyakit jantung kanser paru-paru. Ia disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam rokok. Terdapat 4,800 bahan kimia di dalam sebatang rokok dan antaranya adalah penyebab kanser. Bahan  kimia ini juga merosakan jantung dan menyebabkan artiklorosis ataupun penyumbatan salur darah disebabkan plak yang terbina di dinding arteri.

2. Bersenam untuk Jantung.
Ketiadaan amalan senaman bermakna anda sedang berhadapan dengan risiko untuk mendapat sakit jantung. Akibat terlalu mengejar kerjaya ramai lelaki sekarang melupakn aspek senaman. Bagi mendapatkan senaman yang mencukupi, anda mestilah melakukan senaman intensiti selama 30 hinga 60 minit. Antara aktiviti yang termasuk dalam jenis senaman ini adalah berjalan dan uga menaiki tangga setiap hari.

3. Ambil Makanan Sihat.
Makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol tinggi akan membawa kesan buruk kepada jantung anda berbanding jika anda mengambil makanan yang kaya dengan serat, sayuran dan buah-buahan segar. Ini sedikit tips.

-Pada waktu malam, kurangkan pengambilan makanan berlemak. Ini mengelakan peningkatan trigliserida dan kolestrol, contoh kurangkan makan daging merah, mentega, krim, dan pencuci mulut yang manis.

-Makan beberapa kali sehari makanan sihat adalah baik berbanding anda mengambil dua atau tiga kali hidangan besar. Ia juga mampu mengurangkan berat badan.

-Pastikan anda memilih sumber protien yang terbaik dan seimbang seperti telur ataupun ikan.

4. Dapatkan Pemeriksaan.
Pemeriksaan fizikal dengan doktor secara teratur akan membantu anda mengesan sebarang masalah berkaitan dengan jantung pada peringkat awal lagi. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang untuk rawatan dan penyembuhan. Walau sebagaimana sibuk sekalipun anda dengan tanggungjawab seharusnya anda meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan