Hati-hati sekiranya anda melakukan diet rendah karbohidrat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Terlalu ramai orang yang menghindari pengambilan nasi demi menurunkan berat badan. Tetapi ini akan menjadikan tubuh badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab terjadinya proses penuaan.
Pelbagai maklumat, info, berita dan sebagainya. Sememangnya lebih panas dari biasa.
Sabtu, 6 Jun 2015
Tips Atasi Mual dan Muntah Ketika Hamil
Sebenarnya gejala mual dan muntah yang dialami oleh wanita hamil menjadi petunjuk bahawa berlakunya perubahan horman di dalam tubuh. Ianya sebagai persedian untuk memberi ruang yang lebih selesa semasa tumbesaran janin di dalam rahim. Berdasarkan penelitian yang dilakukan, wanita hamil yang tidak mengalami keadaan mual dan muntah di awal trimester menunjukan jumlah keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita hamil yang mengalami mual dan muntah atau morning sickness.
Penyakit Chorn
Penyakit Chorn boleh menyakitkan dan kadang-kadang dapat menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Tidak ada ubatan yang dikenal pasti untuk mengatasi penyakit Chorn. Penyakit Chorn adalah radang yang telah lama berlaku pada dinding usus. Penyakit ini melibatkan seluruh ketebalan dinding usus. Kebanyakan radang berlaku pada bahagian terbawah dari usus kecil dan usus besar. Namun radang juga boleh berlaku paa bahagian termasuklah dari saluran pencernaan, mula dari kulit mulut sampai dubur dan kulit sekitar subur.
Jumaat, 5 Jun 2015
Tips Makan Sikit Tapi Kenyang.
Pakar diet telah menemui beberapa cara untuk membuat perut anda cepat kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja. Kuncinya terletak pada aturan waktu makan yang betul, makanan yang dimakan serta cara makan. Menurut pakar diet, otak manusia akan mendapat signal perut sudah kenyang setelah 20 minit makan dan jika anda mempunyai kebiasaan makan dengan cepat, tentunya anda sukar berasa puas dan kenyang biarpun sudah makan dengan banyak.
Kebaikan dan Keburukan Mandi Sauna.
Mandi sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks. Namun, sebaliknya bagi yang gemar mandi sauna ini elak melakukannya lebih daripada 20 minit. Ini kerana, peluh akan keluar berterusan ketika mandi sauna dan ia boleh menyebabkan dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan.
Cara Buat Resume dengan Baik.
Percaya atau tidak, kebanyakan soalan yang diajukan ketika temu duga berpandukan maklumat yang ada dalam resume.Oleh itu resume merupakan perkara pertama menentukan anda berjaya untuk dapat kerja ataupun tidak. Ada juga yang memangil resume Curriculum Vitae atau biodata pekerja dan pelbagai lagi. Terdapat beberapa perkara penting dalam membuat resume sebenarnya, antaranya adalah susunan, maklumat yang lengkap, objektif dan macam-macam lagi.
Rabu, 3 Jun 2015
Cara Masak Telur Separuh Masak.
Telur rebus memang sedap dimakan, lagi-lagi dengan kicap. Namun selera berbeza-beza ada yang suka makan telur rebus yang betul-betul masak dan ada juga yang suka makan telur rebus separuh masak. Banyak fakta menarik mengenai telur separuh masak ini. Ada yang menyatakan telur separuh masak baik untuk tubuh dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)






