Sabtu, 4 Julai 2015

Punca Hidung Berdarah

Kejadian hidung berdarah boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa pengetahuan yang cukup kita akan mula resah dan tidak tahu apa tindakan yang harus dilakukan semasa hidung berdarah. Perdarahan hidung biasanya berlaku di bahagian hadapan hidung, di mana terdapat banyak salur darah yang rapuh dan berdekatan dengan permukaan kulit. Kawasan ini dipanggil ‘Little’s area’.



Selain itu dalam hidung, terdapat permukaan yang dilapisi mukosa. Mukosa ialah lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti salur pernafasan supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mengandungi banyak salur darah yang sensitif. Membran mukosa juga mudah luka jika tercucuk sesuatu seperti kuku. Kawasan yang mudah terjadi pendarahan ialah dibahagian hadapan nostril iaitu lubang hidung. Ia adalah kawasan yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali. Apabila terdapat jangkitan kuman di kawasan tersebut atau mengalami trauma hentakan di muka, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.


Terdapat dua  faktor yang menyebabkan berlakunya hidung berdarah, iaitu faktor luaran dan dalaman.
1. Faktor luaran

- Terhantuk
- Perubahan suhu dan cuaca yang ketara
- Kurang minum air putih
- Kurang pengambilan Vitamin C / buah yang mengandungi kandungan Vitamin C
- Habuk dan pencemaran
- Asap rokok
- Ubat-ubatan - aspirin / herba tradisional
2. Faktor dalaman
- Sinus / selsema / inflamasi pada hidung
- Darah tinggi
- Leukemia
- Kanser
- Kekurangan Vitamin K - penyakit genatik mudah berdarah.
- Penyakit hati

Cuba lihat balik pada diri anda, adakah salah satu punca hidung  berdarah berkaitan dengan di atas. Jika anda tidak pasti atau berterusan darah hidung ini. Sila jumpa dengan doktor  untuk mendapat punca yang sebenarnya. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan