Selasa, 16 Jun 2015

Saham Khas Bumiputra dan MITI

Ministry of International Trade and Industry, (MITI) atau Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri merupakan salah satu kementerian yang mengawalseselia aktiviti perdagangan berskala di Malaysia. Tujuan utama penubuhan kementerian ini adalah untuk menjadika Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan perindustrian yang utama dunia menjelang 2020.




Bagi para pelabur Bumiputra, ini merupakan peluang untuk mereka mengaut keuntungan secara maksimum dalam instrumen pelaburan saham dengan adanya kementerian ini.  Ini adalah kerana MITI juga terlibat dalam pengagihan IPO. Dengan kata lain, ia mempunyai dan menguruskan peruntukan khas saham yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia untuk memiliki oleh warga Bumiputra atau dikenali dengan saham khas bumiputra. Saham Khas Bumiputra yang berjaya membolehkan individu Bumiputra tersebut mendapat pembiayaan sehingga 90% daripada nilai IPO itu. Untuk pembelian IPO di pasaran terbuka, tiada kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana bank di Malaysia buat masa sekarang. Namun begitu tidak semua saham terbitan yang ditawarkan untuk penyenaraian akan dipilih untuk diuruskan oleh MITI.

Untuk memiliki Saham Khas Bumipitra, kita perlu mengetahui syarat-syarat dan melalui proses-proses permohonan yang telah ditetapkan oleh MITI sebelum melibatkan diri dalam IPO peruntukan khas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan