Isnin, 15 Jun 2015

Maksud IPO atau Saham Terbitan Awam

IPO adalah akronim atau singkatan yang wajib diketahui oleh pelabur. IPO adalah akronim dalam bahasa inggeris yang membawa maksud Initial Public Offering. Dalam bahasa melayu, ia bermaksud Tawaran Awam Permulaan. Secara ringkasnya, ia bermaksud sesebuah syarikat itu memberi peluang dan ingin berkongsi kepentingan pegangan saham kepada masyarakat awam sebelum syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia.


Sesebuah syarikat itu mahu disenaraikan di Bursa Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan modal berbayar syarikat tersebut. Ini berlaku kerana dengan meningkatnya modal berbayar, sesebuah syarikat dapat mengembangkan operasi dan seterusnya memberikan keuntungan yang besar. Oleh yang demikian, setiap keuntungan yang diperoleh daripada operasi syarikat akan dibahagikan semula kepada para pemilik atau pemegang saham mengikut nisbah milikan atau jumlah saham yang dimiliki. Keuntungan ini akan diberikan dalam bentuk dividen kepada pemilik saham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan