Ahad, 17 Mei 2015

Penyakit Sopak.

Sopak atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Penyanyi terkenal iaitu Michael Jackson semasa hayatnya menderita kerana masalah vitiligo. 





Ada vitiligo menyerang sehingga kening dan rambut turut gugur atau menjadi putih. Ada jenis vitiligo yang menyerang tubuh badan manakala ada yang mencerahkan kulit muka. Satu per dua (1/2) pesakit menghidapi penyakit ini sebelum berumur 20 tahun dan satu pertiga (1/3) pesakit mempunyai sejarah keluarga yang positif.

 Terdapat lima (5) jenis vitiligo:
  • Umum (Generalized)
  • Setempat (Local)
  • Bersegmen (Segmental
  • Acrofacial
  • Umum (Universal)

Rawatan penyakit ini terdapat dalam beberapa bentuk bergantung kepada beberapa faktor. Faktor pesakit termasuklah keluasan permukaan kulit yang terlibat dan jenis sopak itu sendiri sama ada ia jenis stabil (tidak berubah) atau sebaliknya. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor sebelum mengambil sabarang ubat atau tindakan menyembuhkan penyakit ini

Tiada ulasan:

Catat Komen