Rabu, 13 Mei 2015

Khasiat Lidah Buaya untuk Rambut dan Kulit.

Lidah  buaya sejenis tanaman liar yang biasa digunakan sebagai tanaman hiasan, daunya mempunyai gerigi lembut yang menyerupai ekor buaya. Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, lidah buaya juga mempunyai banyak khasiat sebagai ubat-ubatan.

Khasiat lidah buaya untuk rambut.
Ambil beberapa batang lidah buaya dan kupas kulitnya. Gunakan dengan cara mengosokan daging lidah buaya tersebut secara menyeluruh pada rambut serta kulit kepala. Biarkan seketika supaya lendir lidah buaya dapat menyerap ke dalam kulit kepala dan rambut. Bagi mereka yang mempunyai kulit kepala sensetif akan berasa gatal. Anda boleh melakukan aktiviti ini secara harian selama beberapa bulan supaya nampak hasilnya.

Khasiat lidah buaya untuk kulit.
Berikut merupakan beberapa khasiat lidah buaya pada kulit.
1. Boleh digunakan sebagai pelembab pada kulit. Lakukan sebelum memulakan solekan. Supaya kulit anda tidak kelihatan kering nanti.
2. Mampu membunuh bakteria pada kulit kerana sifatnya anti mikrob. Boleh disapukan pada kulit yang luka supaya lebih cepat baik.
3. Dikatakan sebagai awet muda, kerana vitamin C dan E di dalam lidah buaya dapat mengurangkan kesan penuaan usia pada kulit.
4. Boleh mengurangkan rasa sakit serta pembengkakan kulit
Setakat ini sahaja yang mampu dikongsikan. Anda boleh rujuk pada blog atau artikel lain untuk dapatkan banyak maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan