Rabu, 13 Mei 2015

Anemia Semasa Hamil.

Anemia adalah merujuk kepada masalah kurang sel darah merah semasa megandung. Semasa mengandung, perubahan banyak berlaku pada badan termasuklah perubahan sel darah dan jumlah kandungan.



Antara tanda-tanda anemia.
1. Ibu akan mengalami masalah cepat letih atau penat tanpa melakukan sebarang aktiviti.
2. Kulit, bibir  dan kuku menjadi pucat.
3. Kerap berdebar atau nadi laju, sesak nafas dan lelah semasa mengandung.
4. Kegagalan jantung, cepat letih.
5. Kelewatan kesembuhan luka jahitan.

Rawatan Anemia.
1. Mengambil zat besi atau asid folik tambahan dan megambil makanan yang tinggi zat besi atau       asid  folik.
2. Menjalani pemeriksaan secara rutin.
3. Mengambil vitamin B12 tambahan.
4. Mengambil lebih makanan jenis berdarah seperti daging merah tanpa lemak, ayam dan ikan.
5. Sayuran-sayuran hijau, bayam, brokoli dan kailan.
6. Makanan yang tinggi vitamin C seperti buahan sitrus dan jus, stawberi, kiwi, tomato dan lada Benggala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan