Sabtu, 14 November 2015

Fasa Dalam Diet Atkins.

Sebelum ini ada admin menceritakan mengenai diet Akins dalam artikel sebelumnya. Tapi tidak mencerikan secara terperinci mengenai fasa diet tersebut. Hanya menceritakan secara umum. Bagi yang belum baca boleh rujuk artikel sebelumnya.
1. Fasa Induksi.
Tahap ini berlangsung selama 14 hari pertama. Fasa ini merupakan peringkat restriksi diet yang ketat. Pada fasa ini pengambilan karbohidrat dihadkan hingga 20 gram sehari. Hampir kesemua sumber karbohidrat utama dalam diet seperti nasi, roti, bijiran dan buahan2 dielakan dan hanya dibekalkan melalui sumber sayuran. Jika menurut gaya diet Atkins, pengalaman dikatakn mampu mengurangkan tiga hingga lapan kilogram dalam tempoh ini.

2.  Fasa Pengurangan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
Jumlah karbohidrat  dinaikan hingga 25gram pada minggu pertama, 30 gram pada minggu kedua dan seterusnya. Pengamal diet ini masih perlu mengelakan makanan tinggi karbohidrat dan bergula.

3. Fasa Pra- Pemeliharaan. ( Pre-maintenance )
Dalam fasa ini, pengamalnya mula mengambil 40 hingga 90 gram karbohidrat sehari. Jenis makanan berkarbohidrat yang boleh diambil ditambah secara berkala. Ini termasuklah, kekacang dan buah-buahan. Pada tahap ini biasanya seseorang itu akan masih mengalami penutunan berat badan. Pengamal diet ini akan berada di fasa ini sehingga mencapai berat badan idaman.

4. Fasa Pemeliharaan Sepanjang Hayat.
Ini merupakan fasa terakhir. Apabila telah mencapai berat badan idaman, karbohidrat akan diseimbangkan dengan kumpulan makanan yang lain supaya tidak berlaku pertambahan berat


Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan