Isnin, 5 Oktober 2015

Maksud Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Ada 2 cara untuk membuat semakan laporan kredit CCRIS ni, pertama:

1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Dekat tingkat bawah blok D (rujuk kaunter pertanyaan). Telah ada disediakan 3 buah kiosk untuk semakan CCRIS

3) Pegi salah satu kiosk (layan diri) yang terdapat machine untuk semakan CCRIS tu then masukkan nombor kad pengenalan (I/C) anda pada alat pengimbas kemudian Verify Ibu Jari dan lepas tu pada kiosk tersebut akan terpampang perkataan ‘CETAK’

4) Klik pada ‘CETAK’, terus keluar rekod hutang anda. Sampul surat turut disediakan untuk memasukkan rekod CCRIS anda yg bersaiz kertas A4 itu
5) Siap!!

Laporan CCRIS anda akan terus dicetak dan anda boleh lah lihat berapa banyak kosong “0″ yang anda ada.. Jika semua kosong, saya ucapkan TAHNIAH! Jika ada banyak nombor “1″, rekod dah tercalar sikit. Tapi kalau ada nombor “2″ dan “3″ atau lebih dari tu, memang jadi rekod buruk.
dan cara yang kedua:

Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.
Tapi tu lah, kalau nak senang darang sendiri ke BNM untuk membuat semakan melalui Kiosk di BNMLINK di Bank Negara Kuala Lumpur.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan