Khamis, 23 Julai 2015

Adat Bertunang

Pernahkah anda terfikir kenapa wujud adat bertunang, mengapa perlu bertunag dan sebagainya. Adakah bertunang itu penting, bagaimana tunang dalam islam. Jika dilihat banyak persoalan mengenai pertunangan sebenarnya. Oleh itu anda harus mempunyai serba sedikit ilmu mengenai pertunangan. Ini kerana anda mungkin akan bertunag nanti atau anda akan menjadi ibu bapa untuk wakil anak dalam pertunangan.
Jom kita bincangkan serba sedikit mengenai perkara ini bersama admin.

Dalam islam, pertunangan merujuk kepada perjanjian diantara seorang lelaki dan seorang perempuan untuk berkahwin. Wanita yang boleh dipinang pula perlulah memenuhi syarat iaitu beliau bukan isteri orang bukan tunangan orang bukan mahram kepada lelaki berkenaan dan bukan berada dalam iddah (kematian dan penceraian). Pertunangan membolehkan individu dan keluarga saling mengenal supaya wujud keserasian dalam perkahwinan kelak. Semasa dalam tempoh pertunangan, pasangan perlu mematuhi peradaban dan garis panduan bergaul kerana ia bukan merupakan tiket untuk pergaulan bebas. Pertunangan haruslah disertakan dengan keinginan untuk berkahwin. Ini telah dinyatakan oleh Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya.

 “Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.


Pada kebiasaannya, pihak lelaki yang akan melakukan peminangan terhadap perempuan. Tetapi didalam Islam, pihak perempuan juga boleh melakukan lamaran terhadap pihak lelaki. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis berikut:
Bahawa Anas r.a. berkata disisi anak perempuannya : ”telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda)”; berkatalah wanita itu ”Adakah dikau punyai hajat kepadaku ?”, maka anak perempuan Anas r.a. menyampuk, ”Alangkah kurangnya malu siwanita itu dan amat malunya perbuatannya” maka Anas menjawab ”Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi saw lalu menawarkan dirinya kepada Baginda saw

PUTUS TUNANG
Pertunangan merupakan langkah pendahuluan dan hanya satu bentuk perjanjian untuk mengadakan perkahwinan sahaja dan tidak mengujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya. Oleh itu mana-mana pihak berhak untuk membatalkan perjanjian jika ada sebab yang sah bagi membolehkannya berbuat demikian.
Sekiranya tiada sebab yang munasabah maka perjanjian saperti itu tidak harus dibatalkan berdasarkan kepada Firman Allah swt yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu”.[al-Maidah: ayat 1]
Selain itu Nabi Muhammad saw juga telah bersabda yang bermaksud ”Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara-perkara yang mana mereka bersetuju”.
Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Sifat orang munafik itu ada tiga: Apabila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri dan bila dipercayai, ia khianat”
Dalam satu riwayat diceritakan bahawa ketika Abdullah bin ’Umar menghadapi maut ia berkata ”Lihatlah sifulan (sambil menunjuk seorang lelaki Quraisy) bahawa saya telah pernah berkata kepadanya tentang anak perempuanku yang dapat dikatakan sebagai janji, dan aku tidaklah senang akan menghadap kepada Tuhan sambil membawa sepertiga sifat kemunafikan. Kerana itu saksikanlah bahawa sekarang saya kahwinkan anak perempuanku dengan dia”
Mahar atau mas kahwin yang telah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan semasa majlis pertunangan boleh diminta untuk dipulangkan kerana mahar diberikan sebagai ganti dan imbalan perkahwinan. Selagi perkahwinan itu belum terlaksana, maka pihak perempuan belum mempunyai hak sedikitpun terhadap pihak lelaki.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan