Harga terkawal ini dilakukan selama 17hari. Bermula pada 7 hingga 23 Julai ini. Perniaga wajib menjual mengikut harga yang ditetapkan dan meletakan tanda harga khas berwarna merah jambu untuk barangan tersebut. Tindakan ini dilakukan untuk membela pengguna dari dikenakan harga yang tidak munasabah.
Berikut adalah 21 barangan harga terkawal.
1. Ayam hidup 
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati, pedal) 
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal) 4. Telur    ayam gred A 
5. Telur ayam gred B 
6. Telur ayam gred C 
7. Daging Lembu Tempatan 
8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak saja) 
9. Daging kerbau inport 
10. Cili merah 
11. Tomato 
12. Kubis bulat import (India dan China tidak termasuk kubis Beijing) 
13. Kelapa biji (dikawal diperingkat borong saja) 
14. Kelapa parut (dikawal di peringkat runcit saja) 
15. Bawang merah kecil 
16. Bawang putih 
17. Bawang besar import 
18. Ubi kentang import 
19. Ikan kembung termasuk ikan mabung 
20. Ikan selayang 
21. Ikan aya atau tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan saja)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan