Rabu, 24 Jun 2015

Tips Memilih Hadiah.

Kebiasaanya hadiah yang diberi mempunyai nilai senimental. Kemudian akan dinilai secara subjektif oleh si penerima. Kadangkala  hadiah pula tidak memberi kesan yang besar kepada sipenerima, ini terjadi kerana hadiah tersebut tidak sesuai dengan sipemerima atau sebagainya. Cara yang terbaik adalah bertanya kepada sipenerima, namun jika ini terjadi maka unsur kejutan tiada lagi. Tapi ingat motif hadiah adalah untuk mengembirakan sipenerima, mengeratkan hubungan dan sebagainya.


Tips.
1. Mengukur kemampuan diri.
Siapa yang paling tahu tahap keawangan anda, pasti anda bukan. Untuk membeli hadiah biar anda mengukur baju di badan sendiri. Beli barang yang termampu oleh anda sahaja. Kecuali anda seorang orang kaya atau anda ada duit simpanan. Jika anda mahu berjimat, mungkin anda hadiahkan perbuatan kepada orang tersebut, seperti masak di hari ibu dan sebagainya.

2. Memilih jenis hadiah.
Hadiah boleh datang dalam pelbagai bentuk, lagi baik hadiah tersebut boleh digunakan lama dan banyak mendatangkan faedah kepadanya. Hadiah juga tidak semestinya barang sahaja, boleh juga dari perbuatan dan sebagainya. Untuk hari ibu anda boleh memasak dan membeli hadiah tudung. Ulang tahun perkhawinan, boleh memasak dan membeli telefon kepada pasangan. Apa yang paling penting adalah hadiah yang dibeli menarik dan berkaitan minat penerima. Hadiahkan pasangan pancing jika dia suka memancing.

3. Hadiah buatan sendiri.
Masa tadika atau masa sekolah kita diajar membuat kad ucapan, origami pelbagai bentuk dan sebagainya. Gunakan ilmu ini sebaiknya, kadangkala hati orang mudah tersentuh walaupun melafazkan ucapan. Jom tgk sedikit hadiah buat sendiri di youtube.

  

 




Tiada ulasan:

Catat Komen