Jumaat, 15 Mei 2015

Cara Mengecilkan Peha.

Ramai di luar sana inginkan peha kecil bukan, supaya kelihatan lebih menarik dengan penampilan diri sendiri.


 Senaman mengecilkan peha.

1. Berjoging.

Berjoging banyak mengunakan angota peha. Pembakaran lemak pada peha lebih banyak berbanding dengan anggota lain. Anda boleh melakukan aktiviti ini 3 kali seminggu.

2. Berbasikal.
Berbasikal salah satu aktiviti yang mudah dan tidak banyak mengeluarkan tenaga, tetapi ianya juga baik untuk kesihatan. Aktiviti ini juga banyak tertumpu pada peha dan mampu mengecilkan peha anda. Lakukan sejam dalam sehari sudah memadai.
3. Menaiki Tangga.
Menaiki tangga adalah jalan pintas untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk bersenam. Ada bangunan yang menyenaraikan berapa banyak kalori dibakar setiap anak tangga anda pijak.
4.  Lakukan senaman ‘Jumping Squats’
Berdiri tegak kemudian buka kaki sedikit sampai selebar pinggul, dan juga posisikan tangan anda pada pinggul. Selepas itu kencangkan otot perut anda terus ke arah dalam, selepas itu tekuk lutut sampai ke posisi paha sejajar permukaan lantai. Lompatlah dan mendarat dengan posisi yg sama. Lakukan di kawasan yang luas. Ulangi gerakan ini lebih kurang sebanyak 10 s/d 15 kali.
Pemakanan. 
1. Elakan Makanan Berkalori Tinggi
Pilih makanan seperti biji-bijian. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Makanan berminyak harus dielakan.
2. Mengambil Produk Kesihatan.
Seperti makanan tambahan yang akan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan perut dan paha dengan cepat yang berada didalam pasaran, sebaiknya dapatkan nasihat dari farmasi sebelum membeli. Yang penting hanya pastikan yang ia adalah mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Komen