1. Bersenamlah.
Bersenam bukan sahaja boleh mengurangkan penyakit kanser payudara,
malahan bersenam mampu menghindari penyakit lain. Bersenam akan
menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan
kanser payu dara.
2. Kurangkan Lemak.
Kebanyakan penyakit datang dari pemakanan kita sendiri. Beberapa kajian
menunjukan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara.
Jenis lemak yang dikatakan mampu memberi risiko kanser ini ialah lemak
tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandungi susu penuh krim.
3. Perhatikan Cara Memasak.
Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser
payudara. Daging-daging yang dimasak atau daging dipanggang menghasilkan
bahan karsinogenik. Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk.
4. Makan Lebih Banyak Buah dan Sayuran.
Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko
untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari
tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya A, C, E
dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab
terjadinya kanser.
5. Ambil Suplemen Antioksidan.
Suplemen tidak dapat mengantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula
antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser
payudara.
6. Makan Banyak Serat.
Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandungi
banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran
pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan kurang.
7. Jaga Berat Badan.
Kenaikan berat badan setiap kg setelah usia 18 tahun akan menambah
risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan pertambahan lemak
pada tubuh. Maka kadar estrogen sebagai hormon punca kaser payudara akan
meningkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan