Khamis, 30 Julai 2015

Cara Block atau Mematikan Handphone yang Hilang dan di Curi Guna Imei.

Diam tak diam sebenarnya Malaysia sudah ada melaksanakan sistem ini. Block atau mematikan penggunaan telefon mengunakan imei sudah lama dilaksanakan di negara maju. Malaysia mula melaksanakan sistem ini awal bulan 12 tahun 2013. Pihak SKKM memainkan peranan utama dalam perkara ini. 


Namun SKKM menerima laporan daripada syarikat telemunikasi, daripada proses yang dikongsikan, ia dikatakan pengguna hanya perlu melaporkan telefon yang dihilang bersama-sama dengan angka IMEI mereka kepada syarikat telekomunikasi yang mereka gunakan , dan seterusnya syarikat telekomunikasi akan menghubungi pihak SKMM dengan informasi berkenaan.
Ia dikatakan akan mengambil masa lebih kurang tiga jam, sebelum sesuatu telefon itu dimatikan, dan tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh sesiapa walaupun mengubah kad-SIM.



Sebagai contohnya telefon anda hilang dan di dalamnya sim kad Maxis. Jadi anda harus membuat pangilan khidmat pelangan maxis. Semasa anda call, syarikat telemunikasi akan memasikan nombor yang hilang itu didaftarkan atas nama anda, jenis telefon dan akhir sekali angka imei. Sebelum call pastikan anda mendapatkan angka imei dahulu. Jika tidak tahu melihat angka imei, sila klik sini.


Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ


11 ulasan: