Sabtu, 15 Ogos 2015

Tanda-tanda Ingin Bersalin

Tidak semua ibu yang mengandung menunjukan tanda bersalin yang sama. Malah tanda bersalin berbeza-beza setiap kelahiran, dari anak pertama hingga ke anak terakhir. Sebagai seorang ibu atau suami, harus mengetahui perkara ini. Ini bertujuan supaya pasangan tersebut bersedia menghadapi sesi bersalin. Ini sekaligus mengurangkan kadar kematian bayi anda. Kebiasanya boleh dibahagikan kepada 2, iaitu panjang dan pendek. Jangka panjang diangarkan sebulan sebelum bersalin, pendek pula sehari sebelum bersalin.


Tanda jangka panjang.

1. Kerap Kencing.
Rasa ingin kencing akan berlaku kerap kali apabila bayi mula bergerak kebawah. Berat bayi tersebut akan menyebabkan pundi kencing anda akan mengecil. Semakin kerap anda kencing, menunjukan kepala bayi anda sudah menekan pundi kecing anda.

2. Sakit belakang.
Sakit belakang boleh dikatakan setiap ibu mengandung akan mengalaminya. Ini kerana pelvis akan direngankan oleh berat bayi tersebut.

3. Engages.
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

Jangka pendek 

1. Bloody show
Kepala bayi akan turun ke dalam pelvis, ini akan mengakibatkan pluk mukus tertangal. Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. 

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika "uols" mengalami tanda sebegini, "uols" tidak perlu tergesa2 untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum "uols" melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

2. Pecah air ketuban
 Air ketuban pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda. Namun tidak semua ibu akan mengalami perkara ini. Anda dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin, kerana kemungkinan besar anda akan bersalin pada bila-bila masa.

3. Keluar air dari vagina.
Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus. Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar. Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan