Sabtu, 29 Ogos 2015

Punca Tumbuh, Naik Jerawat.

Jerawat merupakan perkara yang paling tidak disukai oleh para remaja terutamanya perempuan. Jerawat sebenarnya perkara normal dan semua orang akan pernah tumbuh jerawat. Namun jerawat akan tidak normal jika terlalu banyak. Kebiasaanya perkara ini berkaitan penyakit jika mempunyai terlalu banyak jerawat. Mungkin lain kali admin akan menceritakan jerawat berkaitan penyakit. Kali ini admin akan cuba membincangkan secara umum sahaja bagaimana jerawat boleh ada.
1. Pemakanan.
Makanan boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Makanan yang sihat dan seimbang membuatkan anda menjadi sihat dan cergas namun jika makanan yang tidak sihat menyebabkan anda mudah terdedah dengan penyakit. Begitu juga dengan senarionya disini. Pengambilan makanan tertentu akan menyebabkan jerawat mudah tumbuh di permukaan kulit anda. Jom kita lihat antara pemakanan tersebut.
- Alkohol.
- Kafein.
- Makanan bergula tinggi.
- Berminyak dan berlemak.
- Kekacang.
- Makanan Laut.

2. Faktor Hormon.
Jerawat berkaitan hormon kebiasaanya mengikut peringkat atau masa tertentu atau dalam keadaan yang berpanjangan. Jom kita lihat ciri- ciri jerawat ini.
- Muncul pada usia 13-17 tahun saat masa remaja atau baligh
- Untuk kalangan perempuan, jerawat ini muncul pada saat menjelang datang bulan PMS (sindrom pra haid ) , masa kehamilan  dan menjelang menopause.

3. Toksin.
Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.


4. Genetik.
Jika anda pernah mendengar ibu bapa yang ada penyakit kencing manis, maka anaknya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit yang sama. Senarionya sama dengan perkara ini, jika anda rasa anda jerawat berkaitan genetik, elok anda menjaga pemakanan dan mengambil ubat atau vitamin.

5. Tekanan. Bukan semua orang akan timbul jerawat bila tekanan. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebagainya.
Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal: 

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup 
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur 
3. Jadual seharian yang sangat ketat 
4. Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi: 

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan 
2.Buli 
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih 
4.Kerja /study yang banyak



Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ








 

5 ulasan: