Sabtu, 20 Jun 2015

Makanan Mengidam yang Popular Ketika Hamil.

Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Ramai berpendapat, mengidam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon dalam badan terutamanya pada peringkat awal kandungan.