Sabtu, 1 Ogos 2015

Tips Membeli Kereta

Terdapat pelbagai jentera empat roda yang ada dipasaran sekarang. Malah anda diberi pilihan untuk membeli yang baru ataupun terpakai. Bagi admi baru atau terpakai adalah sama. Ini kerana fungsi utama adalah bergerak. Tetapi ada keburukan dan kebaikan beli baru dan terpakai sebenarnya. Nanti admin akan tulis satu artikel mengenai keburukan dan kebaikan. Kali ini admin hanya ingin berkongsikan tips membeli kereta.


Tips.
1. Kemampuan keawangan.
Orang yang paling tahu tahap keawangan anda adalah diri anda sendiri. Jangan kerana ingin menunjuk, hujung bulan makan maggi je, he he he. Sebaiknya cuba lihat kemampuan anda untuk membayar kereta tersebut. Jangan fikir sekarang, fikir bila anda sudah berkhawin, ada anak, ada rumah dan sebagai. Selain itu anda harus fikir servis pembayaran, roxtat dan insurans. Pendek kata makin ingin selesa, makin banyak duit yang anda harus keluarkan. Kebiasaanya bank akan bagi 1/3 dari gaji anda. Contoh gaji 900, jadi bank mengangap anda mampu membayar 300 sahaja sebulan.

2. Memilih angensi, wakil penjual yang betul.
Hasil komisan sebuah kereta biasanya dari 1ribu hingga 10, dari kereta biasa ke kereta mewah. Ada sesetengah penjual tidak jujur, meminta 10% pendahuluan. Tetapi ada apabila sain pinjaman, pinjaman tersebut full loan. Begitu juga dengan kereta terpakai, kadang-kadang mereka mengenakan harga kereta melebihi harga susut nilai yang sebenarnya. Namun kita tidak perasan. Jika anda memilih penjual yang jujur dan amanah, mungkin penjual itu tidak akan melakukan penipuan dan mungkin juga mempunyai jalinan dengan bank yang baik, mampu memberi pilihan pinjaman interest yang rendah.

3. Kualiti dan keselamatan.
Duit boleh dicari, tapi keselmatan dan kesihatan tidak boleh dibeli. Jika anda seorang yang berkemampuan, sebaiknya beli lah kereta yang berkualiti dan mempunyai sistem keselamatan yang cangih. Salah satu contohnya adalah mempunyai airback yang banyak. Tapi bagi admin punca kemalangan sebenarnya berpunca dari sikap kita sendiri. Namun faktor keselamatan yang tinggi, mampu mengurangkan kadar kematian.

4. Beli waktu yang sesuai.
Waktu yang sesuai sebenarya bergantung pada diri anda sendiri. Mungkin anda memdapat pekerjaan yang jauh, jadi anda boleh mula membeli kereta untuk mengelakan hujan. Kebiassanya terdapat promosi dalam setahun. Contoh promosi raya dan penghabisan stok. Jadi anda sebagai penguna harus bijak.


Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan