Rabu, 20 Mei 2015

Hidu Bau Kentut Cegah Kanser.

Tiada siapa pun suka hidu bau kentut, kerana busuk dan keadaan yang tidak meyenangkan. Penyelikan di Universiti Exeter, London. Mendapati gas hidrogen sulfida yang terdapat kentut dan telur busuk boleh membantu mencegah kerosakan mitokondria pada sel.


Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications dan menyatakan gas tersebut berupaya mengatur fungsi pembuluh darah dan neurotransmisi dalam otak dengan lebih baik selain mencegah sel barah. Dr. Mark Wood berkata, bau kentut akan berbahaya jika dihidu secara berlebihan dan mencadangkan diambil dalam kuantiti yang dibenarkan. 
Selain itu beliau sedang membuat replika dalam bentuk sebatian baharu daripada gas ini untuk mendapatkan manfaat daripada kebaikanya. Sebatian yang digelar AP39 ini mengunakan kuantiti yang sedikit untuk membaiki kerosakan dalam mitokondria sel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan